Monday, November 3, 2014

Resepi Bayi Yang Terbaik




Kumpulan Bijirin
- Bubur Nasi (Hidangan dua orang)
25 g (¼ cawan) beras, dikisar halus
450 ml (1¾ cawan) air

Cara memasak :-
Didihkan air. Masukkan beras yang dikisarhalus, kacau dari semasa ke semasa.
Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
Hidangkan semasa panas.

Cadangan
Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang (mengandungi Vitamin B dan serat)
Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.


Kumpulan Buah-buahan
- Stew Epal (Hidangan dua orang)
100 g (1 biji) epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.
250 ml (1 cawan) air

Cara memasak :-
Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
Masukkan buah epal ke dalam periuk.
Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri.

Cadangan
Hidang bersama susu ibu
Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.


Kumpulan Sayur-sayuran
- Lobak kukus (hidangan dua orang)
60 g (½ cawan) lobak merah
Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak :-
Masukkan lobak merah ke dalam pengukus atau set penapis dan letakkan di atas air mendidih dan kukus
selama 15 minit atau sehingga lembut.
Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang
secukupnya. Lenyek lobak merah sehingga menjadi puri.

Cadangan
Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang.
Lobak merah juga boleh digantikan dengan bayam, labu atau daun sawi.
Puri sayur-sayuran boleh dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran


Gabungan Kumpulan (Sayur, Protein dan Bijirin)
Anda disarankan untuk memberi makanan berasaskan bijirin, buah-buahan dan sayuran kepada bayi anda selama beberapa minggu sebelum memperkenalkan makanan daripada sumber protein seperti daging, ayam atau ikan.

Dengan memperkenalkan makanan daripada sumber protein anda bolehlah menggabungkan makanan tersebut dengan kumpulan sayuran atau bijirin seperti berikut:
Bubur Nasi dengan Tauhu dan Kacang Pis
(Hidangan untuk 2 orang)
25 g (2 sudu makan) beras
25 g (1 sudu makan) tauhu, dicincang
15 g (1 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit
500 ml (2 cawan) stok ayam rebusan sendiri

Cara memasak
Masak nasi dengan menggunakan rebusan stok ayam
Apabila bubur telah siap, masukkan kacang pis (lenyekkan jika perlu),
dan renehkan dengan api perlahan selama 5 minit.
Masukkan tauhu sebelum memadamkan api.
Sejuk dan lenyekkan sebelum hidang.

Selamat Mencuba!

#Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia.

No comments:

Post a Comment