Tuesday, November 11, 2014

Apa itu PMS ?



Kali ni saya nak berkongsi pengalaman sikit. Semua orang perlu tahu, termasuklah lelaki. Sebab lelaki pun bakal jadi suami dan bapa suatu hari nanti.

Tiap-tipa bulan wanita akan mengalami 'datang bulan,' dan sebelum atau ketika datang bulan wanita akan mengalami PMS

Apa itu PMS? 
Pre-Menstrual Syndrome atau Sindrom Pra Haid . Kalau bahasa yang biasanya senggugut la. Sakitnya bukan main, angin, kejang perut hingga ke kaki, sakit pinggang dan rasa nak pitam.

Kepada golongan lelaki fahamilah dan sensitif sikit pasal hal ni. Kalau mood girlfriend atau isteri cam berubah atau tak selasa dipegang jangan cuba-cuba paksa. Mau ada yang kena silat gayung!

Antara simptom PMS :
- Perut kembong
- Kejang perut
- Payu dara bengkak atau sensitif
- ketegangan atau bimbang (anxiety)
- Masaalah tidur (insomnia)
- Sakit sendi atau otot
- Pening kepala
- Lesu
- Jerawat
- Hayunan perasaan (Mood swings)
- Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)



Faktor risiko :
- Tekanan mungkin menimbulkan keadaan
- Peningkatan usia
- Sejarah kemurungan
- Penggunaan tembakau
- Sejarah keluarga
- Faktor permakanan (Aras rendah vitamin dan galian tertentu, terutama magnesium, manganese, dan vitamin E)

Sejarah keluarga sering kali merupakan petunjuk baik bagi kemungkinan sindrom prehaid; kajian mendapati bahawa kehadiran PMS adalah dua kali ganda lebih tinggi dikalangan kembar seiras berbanding kembar sebapa. Sungguhpun kehadiran sindrom prehaid adalah tinggi dikalangan wanita dengan masaalah affective (affective disorders) seperti kemurungan dan masaalah bipolar, kaitan punca tidak dapat dipastikan.

Vitamin B turut didakwa mampu membantu dengan menstabilkan emosi.


Rawatan :-
Banyak rawatan telah dicadangkan bagi PMS, termasuk perubahan permakanan atau cara hidup, dan kaedah sokongan lain. Kegunaan ubat kebanyakannya berkenaan kegunaan hormon dan perencat peningkatan semula serotonin khusus (selective serotonin reuptake inhibitor - SSRIs).
  • Rawatan sokongan temasuk penilaian, mengembalikan keyakinan (reassurance), dan nasihat pengetahuan, dan bahagian utama bagi rawatan adalah cubaan membantu pesakit mendapatkan semula kawala dalam hidup mereka. Tambahan lagi, senaman aerobik didapati dapat membantu pesakit dalam sesetengah kajian. Sesetengah simptom PMS mungkin dapat diringankan melalui perubahan cara hidup: Pengurangan pengambilan kafin, gula, dan garam dan peningkatan pengambilan fiber, dan rehat dan tidur yang mencukupi.
  • Kajian perubahan permakanan menunjukkan bahawa tambahan kalsium (1200 mg/h miligram/sehari) mungkin membantu. Juga (400 IU/d) vitamin E telah menunjukkan keberkesanan. Sejumlah rawatan lain juga telah dicadangkan, sungguhpun kajian mengenai rawatan tersebut tidak mengesahkan setakat ini: Vitamin B6magnesium,manganese dan tryptophan.
  • SSRI boleh digunakan bagi merawat PMS teruk. Dadah yang paling meluas dikaji adalah fluoxetine pada dos 20-60 mg/d. Dadah lain termasuk sertralineparoxetineclomipraminefluvoxamine, dan nefadozone. Dadah ini juga boleh diberikan tidak tetap, iaitu hanya apabila simptom dijangka muncul. Sungguhpun rawatan tidak tetap mungkin lebih diterima sesetengah wanita, ia mungkin kurang berkesan berbanding rawatan berterusan.
  • Rawatan hormon terdapat dalam pelbagai bentuk:
    • Perancang hormon (Hormonal contraception) biasanya digunakan; kaedah biasa termasuk pil perancang oral gabungan dan pelekat perancang keluarga.
    • Sokongan Progesterone telah digunakan selama beberapa tahun tetapi bukti keberkesanannya tidak mencukupi.
    • Gonadotropin-releasing hormone agonist didapati berguna bagi beberapa bentuk PMS tetapi mempunyai kesan sampingan tersendiri.
  • Diuretik telah digunakan bagi menangani lebihan air dalam badan. Spironolactone juga telah terbukti berkesan dalam beberapa kajian.
  • Dadah anti-keradangan bukan-steroid (Non-steroidal anti-inflammatory drugs - NSAIDs; contoh ibuprofen) telah digunakan.
  • Minyak Evening Primrose, yang mengandungi asid gamma-Linolenik (gamma-Linolenic acid - GLA), telah dicadangkan tetapi tiada bukti saintifik.
  • Clonidine telah dilaporkan sebagai berkesan bagi merawat sejumlah besar wanita dengan simptom PMS bersamaan dengan penurunan mengejut serum beta-endorphin secara bulanan.

No comments:

Post a Comment