Wednesday, January 9, 2013
Jauh-Dekat Berpahala
Artinya: Rasulullah S.A.W bersabda,”Yang lebih jauh. Maka yang lebih jauh (rumah) dari masjid lebih banyak pahalanya”. (Riwayat Al Hakim dan beliau menshahikannya)
Dari hadits di atas Al Allamah Abdurrauf Al Munawi menjelaskan bahwa setiap bertambah jauh jarak rumah dengan masjid maka bertambah pula pahala, karena banyaknya langkah yang ditempuh.
Dan ini sejalan dengan hadits yang diriwayatkan Imam Muslim bahwa Rasulullah melarang para sahabat menjual rumah mereka dikarenakan jauh dengan masjid, hingga beliau bersabda,”Sesungguhnya bagi kalian setiap langkah adalah satu derajat”.
Hal ini tidak bertentangan dengan periwayatan yang menunjukkan fadhilah dekatnya rumah dengan masjid. Pada asalnya memang rumah yang dekat masjid lebih utama dibandingkan dengan rumah yang jauh darinya, hingga seluruh keluarga dari kabilah Bani Salamah ingin menjual rumah mereka yang jauh dari masjid untuk pindah ke daerah yang lebih dekat dengannya. Melihat hal itu maka Rasulullah tidak menyukainya karena menyebabkan wilayah terluar Madinah menjadi kosong hingga akhirnya beliau menyampaikan keutamaan tinggal meski jauh dari masjid. (Faidh Al Qadir, 3/221)
Jika demikian maka beruntunglah mereka yang tinggal dekat dengan masjid juga tidak rugi mereka yang tinggal jauh dari masjid, karena semakin jauh semakin banyak pahala yang diperoleh.
Tips Penjagaan Ketika Hamil (Terutama Pada Yang Baru Bergelar Ibu)
1. Makan makanan yg seimbang
- kena pandai pilih makanan supaya cukup zat, memelihara dan mencantikkan kulit anak, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.
2. jaga tingkah laku, jaga amalan
- pelihara ibadah disamping tambahkan amalan sunat, berzikir dan sebagainya. Mengingat Allah selalu dan taubat sentiasa dan menyucikan hati. Supaya hati anak suci. Insya Allah. Mengucapkan kata-kata yang baik selalu. Jangan selalu marah-marah, kena elakkan atau kurangkan kerana tingkah laku ibu akan mempengaruhi sikap anak yang lahir.
3. Sedekahkan fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam
- Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar nanti. Setiap pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu. Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.
4. Jaga pantang larang
- Berpantang makan yang berbisa dan tajam. Pantang larang yang sebenar tetapi pantang larang ini hanya sewaktu janin diperingkat permulaan. Tips yang terbaik boleh di ambil dari ibu kandung atau ibu mentua masing-masing. Pernah dengar tentang terkenan? Atau terkena kenan? Bermaksud kena jaga tingkahlaku terutamanya pada binatang. Kata orang tua-tua, kalau kita buat jahat contohnya menyepak kucing, pelepah katak, benda tu akan memberi kesan pada anak yang dikandung. Kalau kaki kucing tadi terkehel, kaki anak kita jugak jadi abnormal. Kebenaran ini masih tidak dapat dikenal pasti, tapi lebih baik dielakkan. Jangan aniaya binatang.
5. Elakkan tekanan
- Kehidupan yang tenang, harmoni dan bahagia membantu proses pembentukan dan meransang minda anak supaya sihat dan cerdas. Macam mana pulak dengan tekanan kerja.? Sepatutnya ibu yang mengandung ni, balik kerja kena masak lagi untuk suami, penatnya. Dengan ini, suami haruslah, hulurkan tangan ringankan beban. Sama-sama soleh dan solehah. Insya Allah.
Yang terakhir, koleksi ayat-ayat yang digalakkan untuk pembacaan para ibu sepanjang proses kehamilan. InsyaAllah. Disini, “Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)”, “Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )”, “Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)”, “Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)”, “Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)”, “Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)”, “Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)”, “Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)”, “ Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)”, “Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)”, “Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati) dan buat si suami amalkan surah yang sama, semoga beroleh rahmat dariNYA.
Dipersilakan untuk SHARE. Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan saling berpesan-pesanan antara kita semua.
Sharing Is Caring...
Tidur Cara Nabi Muhammad S.A.W
Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.
Islam melarang tidur secara meniarap
“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)
Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.
Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.
Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.
Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.
Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.
Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.
Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.
Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.
Sharing Is Caring...
Friday, January 4, 2013
RAHSIA dibalik WUDHU
Untuk pengetahuan bersama .....
1.. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3.. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4.. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5.. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
6.. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7.. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8.. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Subscribe to:
Posts (Atom)



