Thursday, October 16, 2014

Kesalahan dan Kesilapan Suami Terhadap Isteri



Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:


“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah an-Nisa, ayat 34)

Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Walaubagaimanapun, pada hari ini kita melihat ramai suami yang semakin jauh dari tanggungjawab dan tugas mereka yang sebenar. Mungkin, kerana itulah banyak rumahtangga yang runtuh akibat kurangnya penghayatan suami kepada nilai-nilai murni dalam baitul muslim yang dibina. Berikut disenaraikan 10 kesalahan dan kesilapan yang sering dilakukan oleh suami terhadap isteri mereka:



1. Tidak mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri
Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie dan tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak dan menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dan sebagainya. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.

Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintakan.” (Surah At-Tahrim:6)

Para suami hendaklah mengajarkan agama kepada isteri mereka sama ada secara langsung ataupun melalui perantaraan. Melalui perantaraan itu contohnya menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dan sebagainya. (yang paling praktikal, ajaklah solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid). Maka, amat penting bagi para suami untuk mempersiapkan diri dengan ilmu sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke alam rumahtangga.



2. Suka mencari kekurangan dan kesalahan isteri
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatiri akan mendapati berbagai kekurangan isteri dan cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai kekurangan dan celaan seperti sabda Rasulullah:

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {Hadith riwayat Muslim}


3. Memberi hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, iaitu:
- Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman (sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34)
- Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie (sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1)
- Memukul wajah, mencela dan menghina.

Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” (H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani)


4. Culas dalam memberi nafkah kepada isteri

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah : 233)

Isteri berhak mendapatkan nafkah dari suami, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa pengetahuan suaminya.
Sabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud:

“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” (Muttafaq ‘alaih)


5. Sikap keras, kasar, tidak lembut terhadap isteri
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:

“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” (Hadith riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani)

Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam, seseorang suami itu haruslah berakhlak baik, bersikap lembut dan tidak kasar terhadap isterinya. Hal ini kerana, suami yang bersikap kasar pasti akan menggugat kebahagiaan hubungan antara dirinya dengan isteri.


6. Suami sombong untuk membantu isteri dalam urusan rumahtangga
Sesetengah suami sombong dan malas untuk membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Disebabkan sikap ini, sesetengah isteri merasa dirinya terbeban dan tertekan. Marilah contohi Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dalam melayani isterinya Aisyah r.ha. Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam di rumahnya, beliau menjawab:

“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” (Hadith riwayat Bukhari)


7. Menyebarkan rahsia dan aib isteri

“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dan isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” (Hadith riwayat Muslim)

Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.

8. Sikap terburu-buru dalam menceraikan isteri
Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dan sebagainya. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:

“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” (Hadith riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani)

Penceraian tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, kerana kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yang ditimbulkan dikemudian hari kelak. Rasulullah sollallahu ‘alahi wasallam bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” (Hadith riwayat Muslim)


9. Berpoligami tanpa memperhatikan ketentuan syari’at
Bernikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Tetapi, terdapat sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama dan anak-anaknya. Dalam Surah an-Nisa, ayat 3, Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.”

Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik dan tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjurus kepada kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan masa depan anak-anak dan menambah permasalahan keluarga dan juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya dan perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum membuat keputusan.

10. Lemah kecemburuan terhadap isteri
Para suami membiarkan keelokan, keindahan dan kecantikan isterinya dinikmati dan dipertontonkan kepada bukan mahram. Dia membiarkan isterinya mendedahkan aurat ketika keluar rumah, dan membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki bukan mahram. Bahkan ada sebahagian suami bangga kerana memiliki isteri yang cantik dan boleh dinikmati oleh pandangan kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang sangat mulia, sehingga keindahan dan keelokannya hanya diperuntukkan atau dikhususkan untuk suaminya sahaja dan tidak sesekali ‘dijaja’ ke mana-mana pun.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang bukan mahram. Perhatikan ancaman Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):

“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts.” (Hadith riwayat An-Nasa’i, dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674)

Ad-Dayyuts(dayus) itu ialah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya. Maka, marilah sama-sama kita beringat dan muhasabah diri sentiasa. Hal ini bukan hanya untuk para suami, malah penting juga untuk mereka yang belum menjadi suami, agar persediaan sebelum mendirikan baitul muslim itu lengkap.

والله أعلمُ بالـصـواب



Sumber: http://www.syahirul.com/

Wednesday, October 15, 2014

Apa itu ESP.........



Adakah anda mengalami simpton- simpton berikut :
- Kulit wajah yang kusam?
- Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
- Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
- Rambut sering gugur?
- Lemah dan tidak bertenaga?


Tahukah anda ia antara punca kekurangan protien?


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):
* Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
* Kidney disease (penyakit buah pinggang)
* Liver (penyakit hati)
* High Cholesterol (kolesterol tinggi)
* Low blood pressure (tekanan darah rendah)
* Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
* Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
* Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
* Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
* Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
* Poor vision (Penglihatan kurang baik)
* Irritability (Badan menggeletar)
* Fatigue (Letih lesu)
* Weakness (Lemah)
* Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
* Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
* Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)


ENERGIZING SOY PROTEIN ( ESP )
Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


Siapa perlukan ESP ni?
1. Ibu menyusu
2. Ibu hamil
3. Lelaki/wanita yang ingin turunkan berat badan
4. Sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan berpanjangan
5. Mereka yang mengalami masalah kesuburan
6. Mereka yang ingin menghilangkan parut (parut jerawat mahupun parut2 di badan)
7. Mereka yang ingin menaikkan taraf kesihatan
8. Mereka yang inginkan kulit cantik berseri serta halus mulus
9. Wanita yang inginkan payudara anjal
10. Sesuai untuk kanak2 sehinggalah warga emas.

Friday, October 10, 2014

Cinch Shake Mix



Cinch Shake Mix ( Perisa Vanilla, Cafe Latte, Chocolate)

Cadangan sajian : 1 sudu cinch shake bersama segelas air
Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan “Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?” atau “Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?”. Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda. 

- Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
- Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
- Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
- Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
- Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
- Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
- Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
- Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
- Soya bukan GMO



Wednesday, October 8, 2014

B-Complex






Kelebihan Vitamin B Complex
- Vitamin B penting untuk keperluan tubuh kita terutama dalam mengurangkan tahap tekanan kita sehari-hari. Vitamin B dalam Vitamin B complex Shaklee mengandungi semua vitamin B penting termasuk Asid Folik, iaitu Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 dan Vitamin B12


Fungsi Vitamin B
1. Vitamin B penting dalam proses pengeluaran tenaga (metabolisma tubuh)
2. Vitamin B juga penting untuk keperluan sistem fungsi saraf otak yang sihat
3. Pengambilan vitamin B secara konsisten dapat mengurangkan tekanan dan rasa
    cemas
4. Membantu proses penghadaman yang baik
5. Membantu memecahkan lemak, karbohidrat dan protein dengan baik
6. Vitamin B juga memberikan kulit, kuku dan rambut anda yang lebih sihat
7. Kekurangan satu daripada sembilan jenis vitamin B yang terkandung dalam
    B Complex menyebabkan vitamin B kurang berfungsi kepada tubuh
8. Vitamin B mudah hilang melalui perkumuhan oleh itu penting mengambil
    vitamin B setiap hari


Bagaimana cara pengambilan B-Complex?
- Atas sebab di atas, anda digalakkan untuk mengambil B-Complex SELEPAS MAKAN. Ketika itu, badan masih kenyang dan B-Complex dapat diserap dengan baik oleh sel dan berfungsi keatas tubuh badan anda.
- Sama ada anda ingin menurunkan atau menambahkan berat badan, B-Complex tiada kaitan dengan masalah selera makan. Jika anda ingin menambahkan berat badan, B-Complex berfungsi melengkapkan nutrient yang diperlukan oleh tubuh dan mengawal atur metabolime badan.
- Semak B-Complex anda. Pastikan cukup kesemua 8 vitamin B yang perlu bagi melengkapkan fungsi B-Complex.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, October 7, 2014

Alfalfa




Kebaikkan Memakan Alfalfa

1. Kaya dengan vitamin dan mineral
Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.
Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa
Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak
dan Antioksidan.

2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat.

3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah



20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1. Merawat gangguan pencernaan
2. Mengawal kolestrol dalam darah
3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7. Mengurangkan simptom menopous
8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9. Merawat masalah sembelit
10. Menyahkan toksik dalam tubuh
11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13. Membantu masalah penghadaman
14. Membantu memperbanyakkan susu ibu
15. Mengurangkan masalah pundi kencing
16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17. Meningkatkan kesihatan prostat
18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19. Menghangatkan hubungan suami isteri
20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki



Keistimewaan Alfalfa Shaklee
1. Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2. Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3. Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji
4. Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5. Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6. Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7. Membersihkan hati
8. Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



BASIC H




Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.


Kegunaan Basic H :

Sebagai pencuci
* Cuci tandas, cuci lantai, cuci dinding, cuci pinggan
* Cuci kesan gris dan minyak
* Rendam baju especially baju baby. Rendam 4-5 hari pun tak berbau
- bilas tudung
- basuh botol susu dan segala botol

Merendam sayur & buah
* Bukan sahaja memisahkan bendasing dari sayur/buah, tapi juga meneutralkan pestisid dan pengawet yang digunakan terhadap sayuran/buah tersebut

Kegunaan keluarga
* Ubat ulser mulut. Celupkan basic-H menggunakan putik kapas & letakkan pada bahagian ulser.
* Memandikan bayi dan kanak-kanak
* Ubat gigi. Titikkan 2-3 titik Basic-H ke atas berus gigi dan berus seperti biasa.
* Untuk tuam semasa demam.
* Mandikan anak2 dengan Basic-H untuk menghalang gigitan nyamuk
* Sebagai pencuci tangan.
* Digunakan kepada anak-anak yang menghidap ekzema

Berkebun (gardening)
-Air siraman tumbuh-tumbuhan yang ‘berkhasiat’. Titiskan beberapa titik ke dalam botol spray yang diisi air biasa dan spray ke pangkal pokok-pokok di taman.
-Sebagai penghalau serangga perosak. Sama seperti cara di atas cuma sembur ke bahagian batang dan daun.
- Basuh tangan dengan Basic-H sebelum memulakan kerja berkebun.

Kegunaan rumah
= Menghilangkan bau busuk ikan. Cuma spray saja ke dalam tong ikan.
= Titikkan setitis ke dalam seterika stim bagi menjaga kebersihan bahagian dalamnya.
= Membersihkan kesan getah/gula2 getah.



Perbezaan Shaklee

Selamat
-Tidak bertoksik
-Tanpa gas beracun
-Tanpa bahan kimia berbahaya
-Tanpa bahan pewangi
-lembut pada tangan
-PH seimbang
-Tanpa klorin


Mesra Alam
-Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
-Biorosot
-Tanpa fosfat
-Bungkusan yang boleh kitar semula
-tanpa bahan pewarna
-Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Thursday, October 2, 2014

Set Berpantang






Vita-Lea
· Ibu yang sedang berpantang digalakkan mengambil vita lea kerana semasa dalam pantang banyak makanan yg kita dilarang makan jadi tenaga kita akan berkurang. 
· Ibu banyak kehilangan darah semasa dan selepas bersalin,Oleh itu ibu perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat bg menggantikan semula darah yang hilang. 
· Mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. 
· Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya. 
· Pengambilan zat besi adalah sangat penting untuk penyusuan bayi. 
· Vita lea tidak boleh diambil bersama minuman bersusu kerana ia akanmengurangkan kadar penyerapan zat besi oleh badan.


B Complex
· Membantu menstabilkan hormon badan
· Kekurangan B complex, boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi.. 
· Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang. 
· Menukarkan makanan kepada bentuk tenaga


Zinc Complex
· Sesuai untuk Ibu2 yg tiada selera makan ikan haruan atau pati ikan haruan,zinc complex adalah pengganti yg tepat kepada makanan tersebut. 
· Galian yg sgat penting dalam membantu proses pemulihan luka dalam. 
· Membantu proses pembaikan luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim). 
· Pengambilan zink bagi ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dengan baik. 
· Mengurangkan masalah rambut gugur 
· Membantu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.


Vitamin C
· Berkonsepkan pelepasan masa. 
· Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara konsisten 
· Vita c sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran 
· Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan
· Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin....


Energizing Soy Protein (ESP)
· Memberi tenaga dan membantu melancarkan penghasilan susu
· Penting untuk kelenjar dan tumbesaran, 
· Mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol 
· Memberikan rasa kenyang kepada ibu ibu 
· Sangat bagus untuk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
· Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.


Ostematrix
· Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. 
· Mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 
· Membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang