Tuesday, March 27, 2012

dosa percuma

Sambil melihat blog-blog yang ada, aku  melewati  blog Ustaz Zaharuddin. Aku tertarik dengan artikel mengenai rintihan seorang lelaki. Aku mula berfikir untuk ke sekian kalinya tentang isu hak dan kesaksamaan antara lelaki dan perempuan. Perempuan ketika ini cukup bijak berkata-kata memperjuangkan hak yang sama rata dengan lelaki. Sehinggakan sampai ke tahap perempuan juga perlu pandai bermain bola sepak dan menjadi imam kepada makmum bercampur lelaki dan perempuan.
Dalam sibuk memperjuangkan hak-hak wanita, mereka ni juga lupa bahawa mereka seperti menolak hak kaum lelaki untuk bergerak bebas tanpa ada rasa konflik dalam diri. Tentunya hak untuk melihat persekitaran tanpa timbul nafsu serakah yang membuak-buak. Kenapa aku timbulkan isu ni? Berbalik pada isu perempuan bertudung. Ada antara mereka yang tidak tahu apakah  panduan untuk bertudung.
Ada yang mengatakan bertudung sudah mencukupi. Tetapi, tahu ke tak yang bertudung sahaja tidak mencukupi sebagai syarat menutup aurat. Jom kita lihat   kesalahan wanita tentang menutup aurat.
Pertama, ada yang kata, aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Kedua, ada yang kata nak bertudung dan berlengan pendek sudah memadai.
Ada juga yang berpakaian cantik, berkebaya yang longgar, bertudung menutupi dada.Tapi, bila angin bertiup, terus terbuka belahan kat kain dan ternampaklah  betis bunting padi.Pak Aji yang ternampak pun terus tutup mata dengan jari yang direnggangkan.Astaghfirullah.
Ada juga yang rasa berselendang menutup sebahagian rambut sudah mencukupi. Baru nampak stylo katanya.
Yang lain pula, memang cukup suka menyelempangkan tudung yang dipakainya kebelakang leher. Maka, terdedahlah permata yang sentiasa menjadi idaman lelaki.
Dan satu lagi, bertudung tapi tudungnya nipis. Maka nampaklah batang leher yang jinjang.Macam tudung bawal, tudung tenggiri.Aku pun pelik kenapa ada yang suka pakai tudung-tudung macam tu. Memang cantik sebab ada batu-batu lawa. Tapi, tak bolehkah cari tudung yang tidak jarang? Atau pakai tudung kecil di dalamnya.
Dan yang menjadi trend masa kini adalah bertudung  yang pendek tidak menutupi dada. Cuba bandingkan antara cara pemakaian tudung rahib kristian dengan kawan kita yang sorang ni. Sama tak?
Ketahuilah, orang Kristian dan Yahudi juga bertudung. Dan ketahuilah juga bahawa orang Islam perlu dibezakan dari mereka. Kenapa? Sebab setiap orang itu ada identiti masing-masing. Kenapa perlu menyerupai orang lain ketika kita mampu berdiri dengan identiti kita sendiri? Dalam hadis sendiri sudah dinyatakan.
Ibnu Taimiyah berkata bahwa Abu Dawud telah meriwayatkan sebuah hadits hasan dari Ibnu ‘Umar, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Barang siapa meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka.”
Hadits di atas menetapkan haramnya meniru mereka dan secara zahirnya menunjukkan bahawa perbuatan itu merupakan perbuatan kufur sebagaimana tersebut pada firman Allah pada surah Al Maidah ayat 51:
Barang siapa di antara kamu yang berteman dengan mereka, maka sesungguhnya ia termasuk golongan mereka.”
Islam begitu teliti, hinggakan nabi s.a.w. sendiri melarang orang Islam meniru cara orang Yahudi tentang uban di rambut.
“Rubahlah uban rambut kepala kamu dan jangan kamu meniru kaum Yahudi.”
(Riwayat At-Tirmizi).
Orang Kristian, bertudung dan tudungnya tidak melabuhi dada. Tudungnya juga diikat sedikit ke belakang. Sama seperti yang diamalkan oleh kebanyakan wanita Muslim sekarang. Tidakkah itu termasuk dalam larangan meniru gaya bukan Muslim?
Orang Yahudi pula, bertudung, tetapi diselempangkan ke belakang lehernya. Itu juga yang dijadikan amalan dan fesyen busana muslimah.
Nak tahu cara sebenar bertudung muslimah yang sempurna? Baca sini untuk lebih lanjut. Artikel tu menerangkan dengan terperinci macamana sebenarnya bertudung dan menutup aurat. Cuma, secara amnya, bertudung, biarlah labuh menutupi dada. Berpakaian longgar dan tidak jarang sehingga boleh menampakkan susuk tubuh. Tidak berkain belah. Itulah ciri-cirinya.
Jom kita nilai kualiti tudung kita . Jom baca hasil tulisan Ustaz Zaharuddin.
Manis kan?
Jadi, apabila terbaca artikel kat blog  Ustaz Zaharuddin , fikirkan  semula sejauh mana kita sebagai  kaum wanita menjaga hak lelaki dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Kita menghina lelaki yang mencabul kehormatan wanita lain. Puas dikata dan diumpat. Tetapi, jika dilihat semula, wanita itu mungkin ‘sengaja’ menduga lelaki itu dengan cara dia berpakaian. Maka, orang kata, bertemu buku dengan ruaslah.
Nanti! Mungkin ada juga yang berkata bahawa wanita yang dicabulnya juga  menutup aurat. Memang mengikut syariat. Tetapi kenapa dia tetap kena? Kewajipan menutup aurat ni diletakkan ke atas setiap wanita. Dengan kata lain, setiap wanita bertanggungjawab menjaga auratnya dari dilihat lelaki bukan muhrim. Maka, jika seorang tidak menutup aurat, secara tidak langsung, dia telah mendedahkan wanita lain dengan risiko untuk dicabul kehormatannya. Mungkin dia terselamat, tetapi wanita lain yang terkena hanya kerana sikap tidak bertanggungjawabnya pada diri sendiri dan orang lain. Dengan kata lain, dia adalah penyebab kepada rakan wanita yang dicabul kehormatannya.
kita  menutup aurat kita tapi pada masa yang sama kita membuka ruang untuk dapat dosa percuma.Kerana tudung kita tidak sempurna!
Ayuh , kita sempurnakan tudung kita !
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan sifat yang lemah lembut.
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan akhlak yang baik. 
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik.
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan solat.
TETAPI…
A.U.R.A.T
Akan tertutup dengan pakaian yang sempurna. Maka, sempurnakanlah pemakaian kita. Jom tutup aurat dengan betul.
Sumber : iluvislam.com

Saturday, March 17, 2012

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan:

* waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah 
* waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, 
* waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, 
* waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
* waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
* waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa

Thursday, March 15, 2012

【ツ】Kenali Hati Seorang Wanita 【ツ】

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang
amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat
tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja
bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama
kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan
tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA
diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak
tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan
satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan
menghanyutkannya.

Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung
dan bukan sebagai pemusnah.
WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk
dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA

Tuesday, March 13, 2012

doaku ~

Ya Allah..
Peluklah hati ini di saat aku mulai merasa gelisah,dalam penantian penuh kesabaran ini, kadang-kadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku…


Ya Rabb..
Biarlah kusimpul dalam setiap doa-doa dalam Istikharahku kepada-MU perasaan ini, agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yang untuk bertaut dan bersemi indah kerana Redha-MU Ya ALLAH….


Ya Rabb…
Tuntunlah Hati hambamu ini agar aku hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar pilihan-MU bukan semata-mata pilihan nafsuku.


Ya Rabb,,,
Jika dia memang baik untukku,agamaku,masa depan dunia dan akhiratku,boleh membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu, Maka dekatkanlah diriku dengannya dan satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah dan warrahmah



★ LELAKI ★
♥ susah utk difahami tapi senang memahami ツ
♥ susah utk menyayangi tapi mudah utk mencintai ツ
♥ susah utk memarahi tapi mudah menegur ツ
♥ susah utk setia tapi mudah bertahan ツ
♥ susah utk menangis tapi mudah tersentuh ツ

ஜ PEREMPUAN ஜ
✿ senang dipujuk tapi susah utk memujuk ツ
✿ senang moody tapi susah nak mengamuk ツ
✿ senang berleter tapi susah nak marah ツ
✿ senang jatuh hati tapi susah nak mencintai ツ
✿ senang menangis tapi susah utk derita ツ
✿ senang dimengerti tapi susah nak difahami ツ

LELAKI umpama API + PEREMPUAN umpama LILIN = Menceriakan kehidupan sesebuah pasangan ツ
kalau takde lilin..api x menyala ツ
kalau takde api..lilin x menyala ツ





aduiii >.<
bingung dehh !
kusut jiwa =.=

Puisi Cinta

Cinta yang agung
Adalah ketika kamu menitikkan air mata
dan masih peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH
menunggunya dengan setia..
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata 
‘Aku turut berbahagia untukmu’


Cinta yang sebenarnya adalah ketika kamu
menitikan air mata dan masih peduli terhadapnya,
adalah ketika dia tidak memperdulikanmu dan
kamu masih menunggunya dengan setia.
Adalah ketika di mulai mencintai orang lain dan
kamu masih bisa tersenyum dan berkata
” aku turut berbahagia untukmu ”


Mungkin akan tiba saatnya di mana kamu harus
berhenti mencintai seseorang, bukan karena orang
itu berhenti mencintai kita melainkan karena kita
menyadari bahwa orang iu akan lebih berbahagia
apabila kita melepaskannya.


Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKAN dirimu…
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
dan terbang ke alam bebas lagi ..
Ingatlah…bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan
kehilangannya..
tapi..ketika cinta itu mati..kamu TIDAK perlu mati
bersamanya…

jiwangjiwang dulu ~


Aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi..

Bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Ilahi
tuk satukan kami di syurga nanti..


Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu

hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu


Sayangku ingin engkau tahu
Sayangku ingin kau mengerti
Saat ini aku merindukan engkau
Yang jauh..

Ingin rasanya ku berlari
'tuk membawa engkau kembali
Dipeluk hanya dipelukkanku

adam-adam sekalian :)

Wahai adam..jika benar kau kasih dan cintakan hawa (wanita) itu ツ
☻♥☻
/█\ /█\
.||. ||. •.♥•

•.♥• Bawalah dia ke jalan ALLAH,
•.♥• Nasihatilah dia,
•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Jagalah dia dgn baik,
•.♥• Kasihanilah dia,
•.♥• Lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah dan cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi IMAM terbaik dan redhalah padanya..

✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amin~
I wanna hold your hand
forever,
and feel your heart beat
within my palm,
when words have lost all
meaning, your lips write the music to
our wordless song.
I wanna lay in your arms
forever,
as the sun fades to a grey,
the most beautiful grey, we'd ever see,
a most beautiful sky of
grace.
I wanna feel your breath
against my neck,
and find the angel from where I breathe,
I wanna die in your arms till
forever pasts,
and we shall live on in
heaven, you and me.

Saturday, March 10, 2012

Membaca satu amalan mulia yang dapat membentuk insan berilmu pengetahuan. Hanya dengan ilmu pengetahuan tinggi, manusia dapat mencipta kejayaan gemilang seterusnya membentuk satu tamadun terbilang.

Inilah yang dilakukan oleh tokoh ilmuwan Islam terdahulu seperti Ibn Sina, Ibn Al-Haitham, Al-Biruni, Al-Khawarizmi dan ramai lagi. Segala bentuk khazanah ilmu berjaya mereka kaji dan terokai, bertitik tolak daripada proses pembacaan mendalam hingga menghasilkan penemuan bernilai serta berkualiti.

Maka selayaknya bagi tokoh ilmuwan bersama berjihad dalam bidang ilmu, mendapat pengiktirafan tinggi di sisi Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
“Allah akan meninggikan martabat orang yang beriman di antara kamu dan orang diberikan ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) beberapa darjat.” (Surah al-Mujadalah, ayat 11)
Ibu bapa mampu memupuk minat suka membaca di kalangan anak melalui pelbagai kaedah seperti pemberian buku bacaan ringan dan bagi yang berkemampuan, menyediakan mini perpustakaan di rumah dalam usaha membudayakan ilmu dalam suasana kondusif. 

Pemilihan bahan bacaan, terutama yang berkualiti juga penting untuk membina jati diri Muslim bukan saja berilmu, juga berakhlak mulia. Lambakan bahan bacaan di pasaran jika tidak ditapis sesuai usia serta minat anak boleh memberi kesan sebaliknya.

Oleh itu, ibu bapa perlu memilih serta menapis buku atau bahan bacaan untuk diberi kepada anak dalam usaha meningkatkan minat terhadap ilmu pengetahuan melalui proses bacaan. Pastinya ibu bapa tidak mahu anak terdedah pengaruh serta ideologi negatif disebarkan melalui bahan bacaan.

Kehebatan dunia teknologi zaman ini sedikit sebanyak menurunkan minat golongan remaja untuk memilih buku sebagai bahan bacaan utama. Kebanyakan lebih suka duduk berjam-jam di hadapan komputer melayari internet daripada memperuntukkan sebahagian masa membaca buku.

Tanpa menafikan peranan internet yang tidak kurang pentingnya ketika ini, usaha perlu diteruskan bagi memupuk minat masyarakat untuk membaca buku yang lebih berbentuk ilmiah serta dipenuhi fakta yang jelas dan tepat.

Kitab Nashr Thoy at-Ta’rif karangan Muhammad Abd Ar-Rahman bin Umar bin Muhammad menyatakan Imam Syafi’e pernah berkata yang maksudnya:  “Sesiapa yang hendakkan kejayaan di dunia maka hendaklah dengan ilmu, dan sesiapa yang hendakkan kejayaan di akhirat maka hendaklah dengan ilmu.”

Perlu menjadi ingatan bahawa keghairahan menerokai ilmu pengetahuan dan membaca bahan ilmiah bertimbun banyaknya, tidak sesekali menjadi alasan kepada kita untuk meninggalkan al-Quran sebagai salah satu bahan bacaan seharian.

Ini bertepatan dengan martabatnya sebagai kalamullah dan sumber utama bagi segala bentuk ilmu pengetahuan sama ada berkaitan dunia mahupun akhirat. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas umpama hamparan lautan yang tidak bertepian.

Oleh itu, menjadi kewajipan kepada hamba-Nya untuk menimba seberapa banyak ilmu terkandung dalam al-Quran kerana mendalami isi kandungan kitab Allah SWT secara tidak langsung mendekatkan hamba kepada Penciptanya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
“Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambah lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.” (Surah al-Kahf, ayat 109)
Jika direnung pula tuntutan membaca melalui penurunan surah al-‘Alaq, bukan saja meletakkan ilmu sebagai asas utama menimba pengetahuan tetapi juga cara menyebarkan dakwah menyeru kepada mentauhidkan Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah al-’Alaq, ayat 1-5)
Amalan membaca menghasilkan petunjuk yang akan memandu manusia ke arah kehidupan lebih sempurna.

Istimewanya bagi mereka yang bersungguh menuntut ilmu, membaca akan menjadi satu tabiat sukar dipisahkan daripada aktiviti seharian.

Wassalam

SURAH YANG MUJARAB DARI NABI SAW

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.


SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi


SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan.


SURAH AL-MULK
Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur


SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”


SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan: “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.


SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati


Semuga menjadi amalan harian kita untuk membaca surah-surah berikut.


Wasallam.

:: InsyaAllah ~ sama2lah kita membaca dan beramal ::

USAH DIBELENGGU KESEDIHAN


Tanpa kesedihan kita tidak akan mengerti erti kebahagiaan. Justeru itu, kesedihan akan membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan.

Apabila kita dilanda kesedihan, berhentilah dari melayani perasaan dan fikiran jika kita ingin terlepas dari belenggu penderitaan hidup.

Bersikap lemah dan bersedih hati apabila mendapat dugaan dari Allah bukanlah ciri orang-orang yang diangkat darjatnya oleh Allah.

Sibukkanlah diri dalam ibadah, mudah-mudahan ianya akan menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan.

Terlalu lama tenggelam dalam kesedihan akan menambah penderitaan dan memberi peluang kepada syaitan untuk datang dengan bisikan-bisikan mendayu

Tuesday, March 6, 2012

Doa Minta Jodoh Dan Keturunan Yang Baik

Doa Minta Jodoh :
 

Maksudnya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).



Keturunan Yang Baik:



Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).

solat sunat istikharah ~





Semua orang pasti selalu dengar tentang solat istikharah, terutamanya untuk pasangan yang ingin berkahwin. Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik.

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.

Istikharah merupakan salah satu cara yang Allah berikan kepada kita, sebagai salah satu medium kita berserah, tunduk kepadaNYA. Ianya hanyalah medium perantaraan antara kita dengan Allah, sedangkan natijah yang terhasil dari istikharah itu sendiri adalah pergantungan diri kita terhadap Allah. Iaitu tunduknya HATI pada segala ketentuan yang ALLAH telah aturkan.

Istikharah tidak memperlihatkan masa depan kita, ianya hanyalah medium antara kita dan Allah, sebagai tanda kita betul-betul mengharapkan petunjukNYA dalam setiap perkara yang dilakukan. Ada yang memahami, petunjuk istikharah paling tepat adalah melalui mimpi. Mimpi bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan. Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat.


Perbincangan, penelitian serta nasihat-nasihat yang diterima hasil dari perbincangan adalah satu satu cara seseorang itu memohon istikhrah dari Allah. Penyerahan kita pada Allah dalam menentukan hasil yang akan kita perolehi adalah setelah kita berusaha secara optimum sebelum dan selepas solat sunat istikharah.

Dalam sesetengah hal, kite perlu melakukan istikharah. Kita tidak menafikan bahawasanya kita mempunyai akal yang diberikan dengan penuh kesempurnaan, tetapi kesempurnaan akal dalam berfikir punyai hijab yang kita tidak boleh menyingkapnya, itulah perkara akan datang. Keterbatasan akal merupakan salah satu kekurangan yang akal punyai, dan kekurangan ini perlu ditampung dengan sesuatu, agar kelak kemudian, ianya menjadi suatu kesempurnaan.

Inilah yang dimahukan Tuhan Yang Mencipta, Allah, yang Maha Bijaksana, Dia memberikan manusia sesuatu tetapi tidak memberikannya sepenuhnya, agar manusia kembali kepadaNYA.

Mahfum Hadis (Imam Bhukari) : Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:


“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”


Kenapa Allah menyuruh kita melakukan solat terlebih dahulu sebelum berdoa? Kerana solat itu penghubung antara hamba dan Tuannya. Di dalam solat itulah terdapat saat Allah paling dekat dengan hambaNYA, itulah sujud. Dengan solat, seseorang boleh mengadu kepada Tuhannya seperti seorang anak mengadu kepada ibunya. Kasih sayang Tuhan, melebihi kasih sayang seorang ibu. Dengan solat juga, ianya peluang dan saat mengingati Tuhan paling maksimum. Setiap tindakan , ruku’ , i’tidal, sujud , berdiri , tahiyyat, semuanya memuji-muji Allah, penguasa sekelian Alam.

Maka benarlah, solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang, hati yang memerlukan bimbingan, maka solatlah, ianya punca kedamaian dan ketenangan. Sumber petunjuk Allah.



♥ Ciri-ciri Ahli Syurga ♥





Dalam satu ketika , para sahabat berada bersama Nabi Muhammad s.a.w dalam satu majlis ilmu, tiba2 Nabi bersabda yg mafhumnya " sebentar lagi akan ada seorang pemuda yg dijamin ahli syurga yg akan melalui pintu itu"... Lalu pemuda tersebut melalui pintu itu.

Pada keesokan harinya, hal yg sama berlaku,dalam majlis ilmu , baginda juga bersabda, " sebentar lagi akan ada seorang pemuda yg dijamin ahli syurga yg akan melalui pintu itu"... Lalu pemuda tersebut melalui pintu itu.

Lalu seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, Abdullah Umar r.hu ingin mengetahui apakah amalan pemuda tersebut. Lalu ditanyakan kpd pemuda itu, 'Apakah amalan kamu yg menyebabkan Nabi Muhammad memberitahu kamu adalah ahli syurga? "

Lalu pemuda itu menjawab, " Amalan aku sama seperti kamu semua(para sahabat2 lain) , tapi setiap kali aku mahu tidur, aku MEMAAFKAN segala kesalahan org lain terhadapku dan aku tidak IRI HATI dan DENGKI kpd org lain".

Iktibar dari kisah ini : sama2 kita semua sebelum tidur, kita MEMAAFKAN semua kesalahan2 org lain terhadap kita krana itu adalah amalan ahli syurga.. :)

Monday, March 5, 2012

buzy buzy buzyyyyyyyyyyy ~


mataiii bgini ouh . bz terusterusan :D
  pemikiran pun serabut . 
jiwa pun ikud jua :'(

 bila lah mau siap klu gni karadjaa ~ ngee :( 
bisa masuk tanjung rambutan nda lama ;p


ARGHHHHHHH ~ tenxionnnnnn 



:: kasi siap dulu tu karadjaaa bru kta biabzz  ::