Hapus Bintik Kolesterol
Pernah dengar bintik kolesterol? Ianya disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam badan kita. Sangat berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit lain jika kolesterol tinggi dalam badan. Apa fungsi omega guard untuk bantu kurangkan dan hilangkan bintik kolesterol hodoh ini? Kolesterol jahat tidak pernah bermanfaat untuk kita. Mari baca selanjutnya bagaimana sejenis minyak ikan boleh menyelamatkan keadaan ini dengan fungsi omega 3 yang terbaik.
Jika anda ada tanda begini, awas silalah check kadar kolesterol anda. Ianya masih belum terlewat dengan merawatnya dan betulkan amalan pemakanan kita. Kolesterol yang berlebihan bukan sahaja dapat bintik macam ni tapi juga boleh beri kesan kepada kesihatan jantung. Sayangi jantung anda dengan lindungi dari kolesterol yang ternyata banyak keburukan dari kebaikan.
Bagaimana boleh terjadinya bintik kolesterol?
Bintik kolesterol ni berlaku macam ada benjolan di bawah kulit terutama biasanya sekitar mata kerana salur darah mengandungi kolesterol tinggi. Bintik kolesterol ini boleh berlaku dengan keadaan di mana seseorang itu selalu mengamalkan gaya hidup kurang sihat. Banyak sebab boleh menyumbang seperti mengambil makanan yang tinggi kolesterol dan tidak bersenam atau mengeluarkan peluh. Dan juga sudah tentu mengambil makanan yang tinggi kolesterol dengan tidak terkawal.
Bagaimana tips dan cara menghilang dan menghindari bintik kolesterol ini?
- kurangkan makanan berlemak dan tinggi kolesterol.
- ambil banyak makanan yang mengandungi kolesterol baik dan tinggalkan kolesterol jahat. Kolesterol jahat dikenali sebagai LDL dan kolesterol baik dikenali sebagai HDL. Makanan yang meningkatkan paras HDL adalah seperti gandum penuh. Kalau makan roti boleh bertukar kepada wholemeal bread berbanding dengan roti putih.
- jauhkan dari kerap mengambil makanan yang meningkatkan lagi paras kolesterol jahat seperti daging, marjerin dan desert yang manis-manis.
- ambil banyak buah buahan segar dan juga sayur-sayuran kerana ia juga boleh membantu mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Dan tips untuk makan buah, anda digalakkan ambil buah segar, bukan jus buah. Sebab kita perlukan fiber dari buah tu bukan air semata.
- tingkatkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan paras lemak baik seperti kekacang, avocado, olive oil. Pengambilan yang teratur boleh membantu anda menurunkan paras kolesterol yang ada.
- ambil omega 3. Ha ini sebentar nanti saya akan perkenalkan omega guard shaklee di mana ianya tinggi dengankhasiat omega 3. Kalau beli telur kat pasaran pun jangan lupa beli telur yang mengandungi omega 3. Contoh telur yang saya biasa gunakan adalah LTK Omega Plus. Ada banyak juga telur di pasaran anda boleh pilih.
- lebihkan hidangan ikan. Kalau boleh makan daging tu seminggu sekali dah cukup, yang selebihnya ambil ikan. Ikan yang bagus adalah seperti ikan laut dalam macam sardin, macherel, salmon.
- tambahkan bawang putih dalam hidangan anda. Bawang putih berfungsi sebagai agen anti radang yang mana kolesterol akan meningkat dengan adanya proses keradangan dalam badan. Shaklee juga ada menyediakan pil bawang putih iaitu Garlic Complex.
- Ambil bawang macam bawang merah dan seangkatan dengannya. Bawang juga ada fungsi anti radang.
Jadi saya nak perkenalkan produk wajib yang perlu anda ambil jika menghadapi masalah kolesterol tinggi ini iaitu Omega Guard dan Juga Garlic Complex. Kiranya yang ni adalah paling basic. Jika anda mahukan kesan yang baik dan cepat maka bolehlah tambah lagi dengan vivix dan juga lecitin. Semuanya ada fungsi yang bagus untuk merendahkan kolesterol.
Apa fungsi omega guard dalam merendahkan kolesterol?
Omega guard ini adalah sumber omega 3 yang terbaik. Ini kerana ianya diekstrak dari ikan laut dalam yang bermutu dan dijamin bebas dari merkuri sebab anda kena hati-hati memilih minyak ikan. Jika salah pilih takut yang sepatutnya baik menjadi bahaya pula dek kerana kandungan merkuri dalam ikan tersebut.
Dengan omega guard anda tidak perlu risau sebab ianya dibuat dengan 3 peringkat penyulingan yang mana ia dijamin bebas dari merkuri dan bahan toksik lain. Saya sangat mencadangkan anda mengambil omega guard kerana ianya sudah terbukti boleh merendahkan paras kolesterol.












