Monday, December 19, 2011

" Manusia seperti sebuah BUKU .. Cover depan adalah tarikh lahir, Cover belakang adalah tarikh kematian .. Tiap lembar, adalah tiap hari dalam hidup kita & apa yang kita lakukan ..
Sekali tertulis, tidak akan boleh di 'EDIT' lagi. Tapi seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yang putih bersih, baru & tiada cacat...
Sama dengan hidup kita, seburuk apapun dahulu, ALLAH selalu menyediakan hari yang baru untuk kita .. Kita selalu diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yang benar dalam hidup kita setiap hari "
~..Dalam urusan dunia, jika kita BERKASUT..pandanglah orang yang BERSELIPAR..jika kita berselipar, pandanglah orang yang BERKAKI AYAM..ia akan menjadikan kita sentiasa BERSYUKUR atas apa yang kita MILIKI..~

p/s:: Usah kamu dongakkan di atas, tundukklah ke bawah..nescaya kamu akan merasai ada orang yang LEBIH SUSAH darimu..(✿◠‿◠)
Senyum akan membuat kita 'LEBIH' baik..
Doa akan 'MENJAGA' kita agar tetap tegar...
Cinta akan mengajarkan kita arti kehidupan...
Persahabatan akan membuat kita mengerti arti kesetiaan...
Masalah akan membuat kita mengerti arti kedewasaan...
Kehidupan dunia akan menentukan siapa & bagaimana kita dikehidupan akhirat

p/s:: Insya'Allah ^__^
» Bicara itu bisa menggores luka, ❝..Bila menyindir penuh makna..❞
» Bicara itu bisa menjadi racun, ❝..Andai disalur menjadi fitnah..❞
» Bicara itu bisa menikam tajam, ❝..Kala dihunus bersulam dendam..❞
» Bicara itu bisa menjadi penawar, ❝..Andai nasihat galang gantinya..❞
» Bicara itu bisa menjadi azimat, ❝..Bermotivasi pencetus semangat..❞
» Dan BICARA itu juga bisa MENJADI SEBAHAGIAN daripada DOA,
❝..Maka BERHATI-HATILAH tatkala MENUTURKANNYA ~ ❞
• ☑ Setiap ilmu ada amalannya..
• ☑ Setiap perkara ada sebabnya..
• ☑ Setiap persoalan ada jawapannya..
• ☑ Setiap perlakuan ada ganjarannya..
• ☑ Setiap kesulitan ada kemudahannya..
• ☑ Setiap kesenangan ada rahmatnya..
• ☑ Setiap kehidupan ada ujian dan dugaannya..
• ☑ Setiap takdir ada hikmah di sebalik ketetapannya..

Lalu, renungi dengan mata hati..
Berfikir dengan akal kurniaan ILAHI..
p/s :: ☑ Jom muhasabah :: ☑ Dakwah hati :: ☑ Tarbiyah diri ::
Andai dalam hatimu ada taman, Semailah ia dengan benih-benih iman,
Bajainya ia dengan amal maaruf yang berkekalan, Siramilah ia dengan istiqomah yang berterusan, Supaya bercambah mekar bunga-bunga ketaqwaan,
Lindungi ia dari parasit nafsu yang menyesatkan, Lalu disuburkan lagi dengan tawakal dan kesabaran, Sehingga tegap merimbun berbekal haruman keredhaan,
Melalui cahaya cinta Ilahi & rahmat kasih sayang ar-Rahman, Agar ia terus hidup, tidakkan tandus sepanjang kehidupan ~
InsyaALLAH..
·•·˙·:DUHAI SAHABAT..·˙♥●•·˙**˙♥●•·˙*•·˙˙*
❝..JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN,
Jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN..❞
❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN,
Jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞
❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN,
Jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIAN..❞ .

Tuesday, November 15, 2011

8 PETANDA DIA ADALAH JODOH KAMU ~

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya,
SELAMAT…kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja didepan kamu.Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya menunjukan apa ada padanya?Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidakdibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu.Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lain pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada sidia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ didepannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat ditangannya dari pada ditangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu ketemu!!!!!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu laluinyaaa? Tepuk dada tanya hati…….


wallahua'lam


http://www.ishamzana.com/

Friday, November 4, 2011

Mencari Keredhaan Allah

 Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Diriwayatkan oleh al-Tabrani)



Mukadimah Hadis
Setiap manusia hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan keredaan Allah kerana keredaan Allah itu adalah kemuncak pengharapan manusia yang hidup di muka bumi. Ini boleh dicapai dngan melakukan segala perinta-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.



Huraian Hadis
1. Keredhaan Allah dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Asas keredhaan itu ialah berdasarkan kepada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah walaupun ianya bertentangan dengan kemahuan manusia.

2.  Kemurkaan Allah bergantung kepada amalan buruk manusia. Kemurkaan Allah adalah hasil daripada perbuatan manusia yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang berkelakuan sedemikian tidak mendapat petunjuk dan hidayah serta akan mendapat balasan buruk di dunia atau akhirat.

3.  Allah memberi sebab menentukan keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya, bermaksud Allah memperkenankan usaha-usaha yang dibuat bagi tujuan mencapai apa yang dikehendaki oleh seseorang sama ada keredhaan atau kemurkaan daripada Allah dan rasul-Nya atau kebencian dan keredhaan manusia.

4. Dihiasi dirinya, perkataannya dan perbuatannya bererti Allah memberi petunjuk dan taufik kepada sesiapa yang diredhai hinggalah perkataan dan perbuatan yang dilakukan semuanya elok, cantik lagi indah mengikut pandangan manusia dan pandangan Allah.

5. Keredhaan Allah dan rasulnya itulah sahaja yang boleh menentukan kedudukan seseorang mukmin, yang menangkat atau menjatuhkan darjat mereka, menghina atau memuliakannya. Makhluk Allah itu termasuk manusia adalah makhluk yang lemah dan sentiasa memerlukan perlindungan Allah lantaran itu tidak wajar seseorang mukmin itu menentang hukum Allah SWT.

6. Oleh kerana kelemahan manusia yang sering terpedaya dengan keindahan dunia maka terdapat dikalangan mereka yang suka mencari peluang mendapatkan kuasa, pengaruh, pangkat, harta sebagainya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah. Sedang Allah dan rasulnya itulah yang mesti dibesarkan dan dimuliakan serta diharap keredaan-Nya.
Maksud firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 62;
"Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, pada hal Allah dan rasulnya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaannya, jika betul mereka orang yang beriman"

7. Sikap dan perbuatan mengutamakan makhluk itu banyak berlaku dihadapan mata kita sehingga ada yang sanggup melakukan kerosakan, menganiaya, penindasan dan kekerasan semata-mata untuk mendapatkan kepuasan nafsu dan keredaan makhluk. Sanggup mengampu, bermuka-muka, berpura-pura dan sebagainya asalkan mendapat apa yang dihajatkan biar apa pun yang berlaku kepada orang lain.



Pengajaran
1. Tanda kesempurnaan Iman ialah sanggup melakukan sesuatu sesuai dengan keredaan Allah dengan mengikut pengajaran al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah, sekalipun tidak disukai oleh orang lain.
2. Sesiapa yang berusaha mendapatkan keradaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya. Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang di murkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya pertunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.
3. Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertunjuk Allah bagi memperkuatkan iman dan keyakinan yang akan menjadi kuasa pendorong kepada kebajikan dan menghalang daripada melakukan kerosakan dan kejahatan.



Kesimpulan
Seseorang mukmin hendaklah sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah dan rasulnya lebih daripada yang lain kerana itulah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, October 27, 2011

10 tanda kiamat


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”.

1) Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2) Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3) Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4) Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5) Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6) Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerusakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7) Gempa bumi di Timur. Bisa jadi ini mengacu kepada gempa di China, Tsunami di Aceh.

8) Gempa bumi di Barat. Bisa jadi ini akan terjadi di daerah Mexico, Argentina, Brazilia dan negara-negara Amerika Latin

9) Gempa bumi di Semenanjung Arab. Kemungkinan kasus longsor di Mesir sebagai pembukanya.

10) Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. (Apa ini bahaya Nuklir?)


Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merusakkan sistem alam cakrawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.


credit to: http://misteridunia.wordpress.com/2008/10/07/tanda-tanda-kiamat-menurut-islam/

A GUY WHO IS SERIOUSLY IN LOVE AND NOT JUST AN INFACTUATION

 1. Guys don’t actually look after good-looking girls. They prefer neat and presentable girls.

2. Guys hate flirts.

3. A guy can like you for a minute, and then forget you afterwards.

4. When a guy says he doesn’t understand you, it simply means you’re not thinking the way he is.

5. “Are you doing something?” or “Have you eaten already?” are the first usual questions a guy asks on the phone just to get out from stammering.

6. Guys may be flirting around all day but before they go to sleep, they always think about the girl they truly care about.

7. When a guy really likes you, he’ll disregard all your bad characteristics.

8. Guys go crazy over a girl’s smile.

 9. Guys will do anything just to get the girl’s attention.

10. Guys hate it when you talk about your ex-boyfriend.

11. When guys want to meet your parents. Let them.

 12. Guys want to tell you many things but they can’t. And they sure have one habit to gain courage and spirit to tell you many things and it is drinking!

13. Guys cry!!!

14. Don’t provoke the guy to heat up. Believe me. He will.

 15. Guys can never dream and hope too much.

 16. Guys usually try hard to get the girl who has dumped them, and this makes it harder for them to accept their defeat.

17. When you touch a guy’s heart, there’s no turning back.

18. Giving a guy a hanging message like “You know what? Uh…never mind!” would make him jump to a conclusion that is far from what you are thinking.

19. Guys go crazy when girls touch their hands.

 20. Guys are good flatterers when courting but they usually stammer when they talk to a girl they really like.

21. When a guy makes a prolonged “umm” or makes any excuses when you’re asking him to do you a favor, he’s actually saying that he doesn’t like you and he can’t lay down the card for you.

22. When a girl says “no”, a guy hears it as “try again tomorrow.”

 23. You have to tell a guy what you really want before he gets the message clearly.

24. Guys hate nice boy!

 25. Guys love their moms.

 26. A guy would sacrifice his money for lunch just to get you a couple of roses.

 27. A guy often thinks about the girl who likes him. But this doesn’t mean that the guy likes her.

 28. You can never understand him unless you listen to him.

 29. If a guy tells you he loves you once in a lifetime. He does.

30. Beware. Guys can make gossips scatter through half of the face of the earth faster than girls can.

 31. Like Eve, girls are guys’ weaknesses.

32. Guys are very open about themselves.

 33. Its good to test a guy first before you believe him. But don’t let him wait that long.

34. No guy is bad when he is courting

35. Guys hate it when their clothes get dirty. Even a small dot.

 36. Guys really admire girls that they like even if they’re not that much pretty.

 37. Your best friend, whom your boyfriend seeks help from about his problems with you may end up being admired by your boyfriend.

38. If a guy tells you about his problems, he just needs someone to listen to him. You don’t need to give advice.

39. A usual act that proves that the guy likes you is when he teases you.

40. A guy finds ways to keep you off from linking with someone else.

 41. Guys love girls with brains more than girls in miniskirts.

 42. Guys try to find the stuffed toy a girl wants but would unluckily get the wrong one.

43. Guys virtually brag about anything.

44. Guys cannot keep secrets that girls tell them.

 45. Guys think too much.

 46. Guys’ fantasies are unlimited.

 47. Girls’ height doesn’t really matter to a guy but her weight does!

 48. Guys tend to get serious with their relationship and become too possessive. So watch out girls!!!

 49. When a girl makes the boy suffer during courtship, it would be hard for him to let go of that girl.

50. It’s not easy for a guy to let go of his girlfriend after they broke up especially when they’ve been together for 3 years or more.

 51. You have to tell a guy what you really want before getting involved with that guy.

 52. A guy has to experience rejection, because if he’s too-good-never-been-busted, never been in love and hurt, he won’t be matured and grow up.

 53. When an unlikable circumstance comes, guys blame themselves a lot more than girls do. They could
even hurt themselves physically.

54. Guys have strong passion to change but have weak will power.

 55. Guys are tigers in their peer groups but become tamed pussycats with their girlfriends.

 56. When a guy pretends to be calm, check if he’s sweating. You’ll probably see that he is nervous.

 57. When a guy says he is going crazy about the girl. He really is.

 58. When a guy asks you to leave him alone, he’s just actually saying, “Please come and listen to me”

59. Guys don’t really have final decisions.

 60. When a guy loves you, bring out the best in him.

 61. If a guy starts to talk seriously, listen to him.

 62. If a guy has been kept shut or silent, say something.

63. Guys believe that there’s no such thing as love at first sight, but court the girls anyway and then realize at the end that he is wrong.

 64. Guys like femininity not feebleness.

 65. Guys don’t like girls who punch harder than they do.

 66. A guy may instantly know if the girl likes him but can never be sure unless the girl tells him.

 67. A guy would waste his time over video games and basketball, the way a girl would do over her romance novels and make-ups.

68. Guys love girls who can cook or bake.

 69. Guys like girls who are like their moms. No kidding!

70. A guy has more problems than you can see with your naked eyes.

 71. A guy’s friend knows everything about him. Use this to your advantage.

 72. Don’t be a snob. Guys may easily give up on the first sign of rejection.

 73. Don’t be biased. Try loving a guy without prejudice and you’ll be surprised.

74. Girls who bathe in their eau de perfumes do more repelling than attracting guys.

 75. Guys are more talkative than girls are especially when the topic is about girls.

 76. Guys don’t comprehend the statement “Get lost” too well.

 77. Guys really think that girls are strange and have unpredictable decisions but still love them more.

 78. When a guy gives a crooked or pretentious grin at your jokes, he finds them offending and he just tried to be polite.

 79. Guys don’t care about how shiny their shoes are unlike girls.

 80. Guys tend to generalize about girls but once they get to know them, they’ll realize they’re wrong.

 81. Any guy can handle his problems all by his own. He’s just too stubborn to deal with it.

 82. Guys find it so objectionable when a girl swears.

 83. Guys’ weakest point is at the knee.

 84. When a problem arises, a guy usually keeps himself cool but is already thinking of a way out.

 85. When a guy is conscious of his looks, it shows he is not good at fixing things.

 86. When a guy looks at you, either he’s amazed of you or he’s criticizing you.

 87. When you catch him cheating on you and he asks for a second chance, give it to him. But when you catch him again and he asks for another chance, ignore him.

 88. If a guy lets you go, he really loves you.

 89. If you have a boyfriend, and your boy best friend always glances at you and it obviously shows that he is jealous whenever you’re with your boyfriend, all I can say is your boy best friend loves you more than your boyfriend does.

90. Guys learn from experience not from the romance books that girls read and take as their basis of experience.

91. You can tell if a guy is really hurt or in pain when he cries in front of you!

92. If a guy suddenly asks you for a date, ask him first why.

 93. When a guy says he can’t sleep if he doesn’t hear your voice even just for one night, hang up. He also tells that to another girl. He only flatters you and sometimes makes fun of you.

94. You can truly say that a guy has good intentions if you see him praying sometimes.

 95. Guys seek for advice not from a guy but from a girl.

 96. Girls are allowed to touch boys’ things. Not their hair!

 97. If a guy says you’re beautiful, that guy likes you.

 98. Guys hate girls who overreact.

 99. Guys love you more than you love them if they are serious in your relationships.

THANK YOU FOR READING 


credit: someone

Monday, October 17, 2011

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu mengucap, "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." dan juga mengucap, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman... :)

Tetaplah tersenyum Sahabat... kerana senyum itu pun salah satu sunnah Nabi (sallAllâhu 'alaihi wa salam)

Saturday, October 15, 2011

Doa Untuk Panjang Jodoh dan Kasih Sayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang……

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Kukuhkanlah ukhwah Islamiyah kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…
Istiqamahkanlah kami ya Allah…
Demi meneruskan perjuangan kami dalam medan dakwah yang penuh cabaran ini…
Jika ikatan yang Engkau tentukan ini…
Adalah satu pemangkin bagi kami…
Untuk menyambung rangkaian mata-mata rantai…
Penerus perjuangan yang tidak akan terhenti ini…
Maka jodohkanlah kami…
Moga putra-putri kami bisa menjadi muslimin dan muslimat…
Pendokong jamaah…
Penggerak gerakan Islamiyah…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan…
Jika aku gagal menangkis kekecewaan itu…
Pelihara dan mantapkankanlah imanku…
Moga kekecewaan itu tidak menggugat gerak kerja Jamaahku…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkan aku dengan takdir-Mu…
Aku redha dengan segala ketentuan dari-Mu…
Inilah ujian pentarbiyahan buatku…
Sesungguhkan apa yang telah Engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…
Janganlah engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan sefikrah yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Sama-sama dapat terus bergerak di dalam Jamaah Islam…
Andainya sudah ditakdirkan buatku…
Pendokong Jemaah bukan jodohku…
Mantapkanlah tarbiyahku…
Agar aku mampu membawanya bersama melalui liku perjuangan ini…
Sama-sama berusaha mendaulatkan Islam…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan soleh dan solehah…
Yang pastinya menjadi aset utama penegak syiar agama-Mu…

Ya Allah …
Redhakanlah perjuangan kami…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan peliharakanlah kami dari azab api Neraka…


Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin

credit to: Portal Komuniti Muslimah

Friday, October 14, 2011

kecantikkan

1) Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2) Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3)  Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4)  Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

5)   Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Wednesday, October 12, 2011

renung2x kan lah


Kadang kita terlupa satu perkara, mungkin ibadah & hubungan kita dengan Tuhan sudah cukup cantik..

tapi ...

sedarkah hubungan kita sesama manusia tidak begitu cantik, lagi2 kepada pasangan2 remaja yang bercinta, mungkin sudah cukup indah perjalanan hidup kita semua dengan tidak meninggalkan solat,

tapi ...

sedarkah cara kita mengeratkan hubungan kita & pasangan kita tu salah ? Kita bermesra-mesra didepan khalayak ramai untuk menunjukkan kasih sayang kita itu tiada bandingan..

Masya'allah .. sedari diri kawan, kita masih muda, jangan hapuskan kenangan muda kita begitu sahaja, kerana kemanisan perhubungan sesama bukan muhrim akan bertambah jika percintaan itu terbit selepas kahwin...

Bukan kah indah jika kita mempunyai kekasih yang sudah halal ?

Tuesday, October 11, 2011

:: Satu hubungan sebenar ::


♥ Mempunyai perkelahian ♥
♥ Mempunyai kejujuran ♥
♥ Mempunyai kepercayaan ♥
♥ Mempunyai air mata ♥
♥ Mempunyai kecederaan ♥
♥ Mempunyai senyum manis ♥
♥ Mempunyai ketawa ♥
♥ Mempunyai kesabaran ♥
♥ Mempunyai komunikasi ♥
♥ Mempunyai rahsia ♥
♥ Mempunyai cemburu ♥

♥♥♥

Monday, October 10, 2011

Perihal santau di kalangan orang Melayu

Dalam masyarakat Melayu sering disebut orang perkataan santau. Apakah santau? Wujudkah santau dalam alam nyata? Benarkah ada orang boleh buat santau untuk dijual dan dikenakan kepada orang lain?

Santau adalah istilah penyakit yang terkenal dalam masyarakat Melayu, khususnya di Nusantara. Penyakit yang tergolong dalam nama santau itu wujud.

Penyakit itu biasanya dikenali berdasarkan tanda-tanda zahir yang dialami oleh pesakit. Contohnya batuk berpanjangan, berbulan-bulan, kadang-kadang mengambil masa bertahun, dengan menggunakan pelbagai ubat, tetapi batuk tidak hilang.

Ada juga yang batuk mengeluarkan darah, hilang selera makan, badan kurus kering, kulit berkedut-kedut, kuku kebiru-biruan, disekeliling mata juga kebiru-biruan, tidak bermaya, sejuk kaki tangan khususnya pada petang hari, murung, tidak ceria dan sebagainya.

Penyakit sedemikian tidak semestinya santau. Ia boleh berlaku sedemikian dengan sebab fizikal yang lain, mungkin kerana dia bermasalah penyakit paru-paru rosak atau tonsil kronik atau sakit TB, keracunan dan sebagainya.

Pesakit jenis ini biasanya akan terubat dengan doktor pakar. Mungkin kerana sudah diubati tetapi tidak sembuh, maka mereka beralih kepada rawatan alternatif.

Salah satu yang sering dirujuk ialah bomoh santau atau perawat-perawat lain. Kebanyakan pengubat akan memberitahu pesakit itu bahawa dia terkena penyakit santau.

Ertinya ada orang bagi dia makan sesuatu, atau dia memakan ramuan yang di dalamnya ada santau.

Apa dia santau? Saya sendiri tidak tahu apa dia sebenarnya. Cuma hasil daripada percakapan banyak orang, kononnya santau diperbuat dari bahan yang amat-amat bisa.

Dikatakan ia diperbuat daripada bulu ulat bulu yang mati merana (meragan), dicampur dengan bisa ular, lipan atau kala jengking dan dicampur dengan kaca halus daripada bal lampu kalimatang yang ditumbuk halus.

Selepas itu ia dikatakan melalui proses adunan tersendiri dan dikeringkan, dijadikan serbuk untuk diletakkan dalam makanan atau minuman. Ini adalah cerita lisan, tiada orang yang boleh mengesahkan ia adalah santau yang sebenarnya.

Kalaupun ada yang membuat santau, tentulah dia merahsiakannya dan tidak mungkin dia mendedahkan rahsianya kepada orang.

Adakah orang yang sanggup membuatnya untuk menganiayai orang lain? Semata-mata dengan sedikit bayaran dunia, tidak kah mereka takut kepada dosa dan sebagainya?

Zaman ini manusia menjadi makhluk yang serba boleh, serba jadi. Misalnya mereka sanggup mendera isteri, mendera orang gaji, membunuh diri, keluarga dan rakan, serta melakukan pelbagai kemusnahan.

Manusia menjadi haiwan, malah lebih teruk daripada haiwan. Apakah itu (menggunakan santau) tidak dikatakan sebagai manusia kerana wang atau kerana hendak memuaskan hati?

Oleh santau adalah salah satu daripada kekejaman manusia. Yang penting tanda-tanda penyakit tadi jelas, orang itu sakit, setiap sakit ada ubatnya.

Berubatlah dengan cara yang betul, apabila Allah bukakan ruang kesembuhan, insya-Allah kena ubatnya, penyakit akan sembuh.

Sering kita dengar ada orang yang boleh membeli santau daripada orang tertentu dan sebagainya, itu adalah kata orang, anda jangan mudah mempercayainya.

Oleh yang demikian, berdoalah kepada Allah agar kita selamat dari kedengkian manusia.

DOA MENCEGAH SANTAU:-
Amalkan ayat tersebut setiap kali selepas solat ( 7x baca )
Bacakan sebelum memakan makanan di kedai atau ditempat yang kita rasa kurang yakin.

AMIN ;)

Tanda-Tanda Di Lamun Cinta :-

bagaimana mengetahui seseorang itu di lamun cinta?


1. Anda berasa diri anda dengan si dia sangat serasi .. Anda mula berkongsi minat dengan dia walaupun pada awalnya kamu tidak menyukainya ..

2. Gerak gerinya sentiasa bermain di fikiran anda .. Senyumannya membuatkan anda berasa bahagia ..

3. Anda sentiasa membuat sesuatu yang dapat menarik perhatiannya dan anda sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatiannya walaupun memalukan diri anda ..

4. Walaupun orang lain sentiasa memberitahu perkara-perkara negatif tentang si dia tapi anda tidak menghiraukannya .. Di mata anda, si dia seorang yang sangat sempurna ..

5. Walaupun anda tidak dilayannya tapi anda tidak kisah. Anda makin cuba untuk mendekatinya walaupun sudah banyak kali dimarahinya ..

6. Anda berasa tenang apabila anda dapat berkongsi masalah hidup anda dengan si dia ..

7. Anda selalu mengalamun dan tidak dapat fokus membuat kerja anda kerana di fikiran anda hanya ada si dia sahaja ..

8. Anda sentiasa mencari alasan untuk dapat berbual atau bersua muka dengan si dia ..

9. Bayangannya sentiasa timbul dimana-mana sahaja. Sehinggakan anda mula menjauhi rakan-rakan anda kerana terlalu sibuk mengejar bayang si dia ..

10. Perasaan sayang terhadapnya mula timbul .. Walaupun si dia hanya digigit nyamuk anda berasa tersangat risau ..

Saturday, October 8, 2011

sedih hati ini..

:: Memang sangat sedih & menderita sekali patah hati! tapi lupakanlah, dunia selalu berputar, dan begitu juga kita. Jika kita merasakan kesedihan carilah kebahagian ::

:: Mungkin ini takdir bahawa kata sedih selalu berhaluan dengan patah hati. Memang sebuah cinta adalah senjata paling kejam yang pernah diciptakan untuk menyakiti manusia.

:: Bersedih hati tentang apa yang tidak kita miliki adalah menyia-nyiakan apa yang kita miliki ::

:: Kita menikmati kehangatan kerana kita pernah kedinginan, kita menghargai cahaya kerana kita pernah dalam kegelapan, begitu juga kita dapat bergembira kerana kita pernah merasakan kesedihan ::

:: Berbagi kesenangan melipatduakan kesenangan, berbagi kesedihan membuat kesedihan menjadi setengahnya ::

:: Kesalahan yang membuat kita sedih lebih baik daripada kebaikan yang membuat kita congkak ::

:: Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, cubaan yang cukup untuk membuatmu kuat. Kesedihan yang cukup untuk membuatmu manusiawi. Pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia ::

s a d j a 2 x

tak semua yg kita inginkn akan tercapai ..
kebahagiaan juga memerlukn 1 pengorbanan ..
walaupun ianya pedih,
demi insan yg kita cintai,
kita harus relakan smuanya ..
tangisan xkn mampu mngubah apa yg telah terjadi ..
hanya doa & harapan yg mampu kita berikan agar bahagia hingga ke akhir hayat....

Tuesday, October 4, 2011

10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati

"Ambillah sepuluh macam ramuan:
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.

cintaku kepada-NYA


SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI

ORANG YANG KITA CINTAI,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

KITA AKAN TURUT MENCINTAI

ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.
YA ALLAH,

ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN

OLEH-MU KEPADAKU,

MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH

KERANA-MU,

DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,

CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.




NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,

BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,

YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.





YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH CINTA,

CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.





YA MUHAIMIN,

JIKA AKU JATUH CINTA,

JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.





YA RABBANA,

JIKA AKU JATUH HATI,

JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.





YA RABBUL IZZATI,

JIKA AKU RINDU,

RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.





YA ALLAH,

JIKA AKU RINDU,

JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.





YA ALLAH,

JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,

JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU





YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,

JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.





YA ALLAH,

JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,

JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

Thursday, September 15, 2011

~~idamanku~~

haha~
  suma nie idaman kalbu ku!
jom layanzzzzzzzzz ...........
 


 kereta idamanku ...

kasut ouhhhh kasutttttttttt------

sekali skala pkai kasut camni mang best ... ;)



home sweet home------
reramai cuti2 kat cnie mang syokkk ... boleh eratkn silaturrahim sesama kluarga kn :)
bawa cucu-cicit skali mang heboh sakannn ....

Sahabat Ku Yang Kecewa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.
Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.
Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?


Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…

Thursday, August 25, 2011

Hakikat Cinta Seorang Pencinta

Meningkat umur diperjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan.  Sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa.  Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota…hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan mendiam di hati insan. 
Manusia sering menyebut tentang cinta pada hamba-hambaNya.  Ternyata kita sering lupa hakikat cinta sebenar hanya untukNya.  Rindu dan kasih sayang anugerahNya untuk kita belajar mencintaNya melebihi segalanya.  Allah tidak pernah melarang hambaNya berkasih sayang. Justeru, rasa cinta itu sendiri adalah takdirNya.
Maha Mengetahuinya Dia akan hati hambaNya.  Setiap jiwa memiliki perasaan untuk dicintai dan mencinta, maka Dia menyediakan jalan yang terbaik untuk hambaNya.  Berkahwinlah keranaNya,  mencintailah keranaNya, bertemu dan berpisah jua keranaNya,hanya untukNya.  Terlalu sayangnya Dia pada hambaNya, sentiasa memberikan kita jalan yg terindah.  Dia mengetahui fitrah yang membalut setiap manusia.  Namun, berapa ramai yg menghayati anugerahNya. Cinta nafsu yang memerangkap jiwa remaja, padahal telah Allah memberikan peringatan demi peringatan, namun teruna dan dara terus terbelit dan terkandas dalam cinta yang dianggap indah namun rupanya bersulam nafsu semata-mata. 
“ Cinta yang membuah ranum di dasar hati,
Menciptakan kemanisan pada jiwa setiap insan yang merasa,
Namun tanpa baja..tanpa dijaga,
Akar yang kukuh juga bisa rapuh,
Andai batang yang tebal jua menyembah bumi,
Manakan ranting dan dahan ingin berpaut,
Andaikan bunga yang indah berguguran sblm kembang,
Manakan buah hendak masak memerah”
Bagitulah halnya tentang cinta ini, andai perasaan yang terpendam diresipikan nafsu bukannya iman, rosaklah perasaan, tumbuhnya sekadar mngundang serangga perosak.  Buahnya meranum namun rasanya pahit.  Akhirnya dibiar mati tidak dipeduli.
Sabda Rasulullah saw:
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari
Jangan menghantar hatimu menuju kehancuran, kerana terlalu cintakan dunia dan manusia, akan memakan jiwa.  Manakan bisa seorang hamba mengharap pada hamba yang lain, sedangkan hamba yang lain jua mengharap pada Pencipta yang satu.  Sekeping hati yang dimiliki setiap jasad ini boleh berubah bila-bila masa sahaja kehendak dan kemahuannya.  Sungguh rapuh. 
Hari ini berbicara cinta, hari esok tiada rasa. Hari ini, berjanji setia..hari esok  tiada suara.  Hari ini dia milikmu, hari ini esok belum tentu.  Siapa kita untuk mengatur sekeping hati, mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun ramai yang tidak pasti. 
Semua orang ingin dicintai, tambahan pula bila dicintai oleh insan yang mereka cintai.  Apabila cinta tidak kesampaian, ramai yang merajuk hati hingga ada insan yang lebih memilih mati hanya kerana disingkir cinta.  Alangkah ruginya titisan air mata dilepaskan untuk cinta manusia yang hidupnya hanya sementara. 
Sedangkan tidak ramai yang sanggup bergenang air mata menghayati anugerah Dia.  Tidak banyak pula yang mensyukuri nikmatNya. Berapa ramai yang sedar bahawa takdirnya adalah terbaik untuk setiap hambaNya.  Percayalah bahawasanya Dia lebih mengenali hati hambaNya.  Masakan Allah yang maha Penyayang bersikap zalim.  Dia maha mengetahui segala sesuatu baik yang nyata mahupun tersembunyi.
“ Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,
Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodohnya manusia ada ditangannya.
Saudaraku tercinta,
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.
Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri sendiri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu…
“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi ) 
Saudaraku tersayang,
Orang yang wujud dihatinya akan suatu rasa mencintai Allah melebihi segala apa yang ada di langit dan dibumi, nescaya tiada duka buatnya.  Allah akan memenuhi rindu dihatinya, tiada lagi rindunya buat duniawi yang akan binasa.  Seseorang pecinta akan selalu berfikir dan menyebut insan yang dicintai, ibaratnya tak mati di hati, tak lekang di bibir.  Demikian jualah cinta untuk Illahi, persiapkan lisan untuk selalu menyebut indah namaNya, sediakan hati untuk selalu mengingatiNya, dan jadilah insan yang paling bahagia dalam redaNya.
Hadis Qudsi:
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)
Amin.