Monday, November 24, 2014

Kurus & Sihat dengan SUPLEMEN SHAKLEE !






Herb-Lax
* Bertujuan untuk pembersihan usus 

Mengandungi 9 herba semulajadi yang menggalakkan pembersihan yang lembut. Ini sangat penting untuk proses menguruskan badan. Jika pergerakan usus lancar, jadi, tidak ada makanan yang asyik tersekat dan melekat pada dinding usus, sebaliknya nutrien diserap dengan baik untuk kegunaan fungsi tubuh 
Herb-Lax ini telah diuji secara klinikal untuk penggunaan jangka masa panjang. Jadi, ia selamat dan terjamin. Sesuai untuk mereka yang ada masalah sembelit atau perut buncit.


Lecithin 

Ia dikenali sebagai Pengemulsi lemak Ia sangat istimewa kerana ia mampu untuk memecahkan lemak. Lecithin yang diekstrak dari kacang soya organik ini larut lemak dan turut membantu menyerap vitamin A, D, E, K yang larut lemak.
Ia bertindak sebagai pembersih saluran darah. Jadi, sepanjang proses penurunan berat badan ini, risiko salur darah tersumbat dan serangan jantung juga rendah


Cinch Shake Mix 

Ia membantu mengimbangi nutrien dan mengandungi leucine yang membantu mengekalkan otot dan membakar lemak Ia mengandungi protein, multivitamin dan serat Ia sedap, mengenyangkan dan rendah kalori Jadi, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan tanpa perlu berlapar
Proses menguruskan badan berlaku kerana lemak dibakar tetapi otot tetap terpelihara Protein sangat penting dalam proses penurunan berat badan, kerana ia membantu membina otot Otot sangat penting kerana ia membantu meningkatkan kadar metabolisma dan diperlukan untuk membakar kalori


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit *

Thursday, November 20, 2014

SET Kesihatan Wanita


Cadangan SET KESIHATAN buat wanita yang ingin nampak menarik,sihat
dan anggun





SET Kesihatan Wanita terdiri dari Ostematrik,GLA Complex dan Omega Guard.

- Membantu melegakan simptom senggugut dan monopaus

Menggalakkan kulit yang sihat & cantik
Menggalakkan tulang yang kuat
Mengurangkan risiko penyakit jantung
Melegakan sakit-sakit sendiMembantu membakar lemak & berat badan yang ideal
Membantu bertenaga, melekan rasa letih lesu


Bagi wanita yang belum mencuba apa-apa produk dan masih tercari-cari untuk mencuba supplemen, adalah disarankan untuk mendapatkan Set Kesihatan Wanita Shaklee ini. Dan kepada para suami yang kasihkan isteri, sayangkan isteri, boleh dapatkan set ini untuk kesihatan berpanjangan isteri anda.

SET BERSALIN



- Sesuai untuk ibu2 yang tak suka makan jamu

- takut baby kne cirit birit.
- selalu nyer kalau baby kena JAUNDICE (baby Kuning)...mesti mak kita tak bagi makan jamukan
- so set nie amat sesuai untuk ibu bersalin dan sedang menyusu baby.



Vitalea (Multivitamin)
* Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.

Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan
Penting bagi prosess pertumbuhan.
Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
Melengkapkan nutrient yang kurang.


Alfalfa Complex

Kaya dengan Nutrisi
Melegakan rasa kebas dan sakit sendi
Milk Booster(bykkan susu badan)


B Complex

Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
Mencegah kelesuan dan kemurungan.
Membantu kelancaran urat saraf.
Mengelakkan stress.
Mengelakkan sembelit.


Zinc Complex

Menyembuhkan luka.
Terlibat dalam penghasilan insulin.
Mengekalkan rangsangan bau dan rasa.
Mengawal kelemumur.


****Tambahan****
Ostematrik

Menolong Pengecutan otot dan Saraf
Mengurangkan Sembelit

SET MINDA

Anak bijak dengan SET MINDA Shaklee, membantu mengurangkan masalah
mengantuk dan hilang daya tumpuan ketika belajar






B-COMPLEX SHAKLEE
* Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak ,protein,
Anti stress

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.
Menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif dan
secara automatik pemikiran & daya tumpuan akan lebih baik.

Vitamin B juga dapat membuatkan wajah yang lebih cantik berseri dan tidak kusam.


LECITHIN SHAKLEE

Lecithin mengandungi choline untuk menguatkan daya ingatan.Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.
Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman,etc.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan,
penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak.


ESP SOY PROTEIN

Menguatkan fungsi saraf dan memori
Membekalkan tenaga yang berpanjangan
Membina sel-sel saraf yang baru

Set Sendi

- Masalah sakit lutut...sakit sendi....
- MENDERITA SAKIT OSTEOPORISIS (Kerapuhan Tulang Belakang)...


Set sendi shaklee boleh menjadi penawar Insyaalah.

Selamat mencuba !







KELEBIHAN OSTOMETRIX
* Bertindak sebagai KALSIUM dalam badan 

Menghalang kerapuhan pada tulang belakang @ OSTEOPORISIS
Membantu masalah sembelit
Memelihara kulit lebih sihat dan berseri
Mengurangkan pengecutan otot perut sewaktu kontraksi bersalin atau datang bulan


KELEBIHAN OMEGA GUARD

Mengelakan Sindrom Ostearthistis
Mengurangkan keradangan sendi, kebengkakan sendi serta kekakuan pada sendi
Mengurangkan risiko Penyakit Parkinson
Mengurangkan kemurungan & mengatasi emosi 'moody
'Membantu perkembangan otak dan mata bayi (Ibu Mengandung)


KELEBIHAN ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT)

Dihasilkan daripada ekstrak Boswellia yang digunakan untuk kesihatan sendi
Dihasilkan juga daripada ekstrak Glukosamine (berasaskan jagung) keselesaan sendi
Meningkatkan kesan kusyen dan kusyen pelapik sewaktu bergerak
Dilengkapi dengan zink, magnesium,mangan dan vitamin C untuk memelihara keselesaan sendi

Wednesday, November 19, 2014

Tips Tangani Anak Meragam!




‘Ibu, panaslah! Jomlah balik, tak sukalah tempat ini. Cepat laa balik… kalau tidak Adik jerit,” teriak si anak. 

Situasi ini biasa berlaku ke atas anak yang banyak ragam ketika berada di khalayak ramai. Sebagai ibu, anda sendiri sukar untuk mengawal anak. Keadaan ini memaksa dirinya untuk duduk diam sahaja di rumah sahaja.


Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara bagi menangani kanak-kanak yang meragam di khalayak ramai:

* Jika anda membawa anak ke mana-mana, dinasihatkan jangan mengambil masa terlalu lama sehingga membuatkan anak-anak terasa penat. Paling efektif jika ada ruang untuk bermain atau berehat bagi mereka. Rancang perjalanan atau aktiviti dengan betul dengan mengambil kira keadaan anak-anak yang masih kecil. Kadang kala walaupun aktiviti itu menarik , apabila mereka sudah penat dan mengantuk, mereka akan mula meragam. Ibu bapa akan merasa tidak selesa apabila anak-anak meragam di khalayak ramai. Kita bukan sahaja malu malah menjadi marah kerana semakin dimarahi semakin kuat anak meragam.
Berehat untuk makan. Kanak-kanak jika sudah lapar walaupun di hadapan orang ramai mereka akan meragam, terutama bagi yang jenis difficult.
Rancang percutian dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan supaya anak-anak tidak rasa bosan dan meragam.
Jangan bawa kanak-kanak ke tempat barang permainan atau yang menarik perhatiannya. Sekiranya anda tidak mampu atau tidak mahu memenuhi kehendak anak-anak yang mahukan sesuatu.
Jika mahu melancong atau ke mana-mana, pastikan kesihatan anak-anak anda dalam keadaan yang baik.
Sebaik-baiknya, anda disiplinkan anak-anak sejak dari kecil. Setiap kali menegur mereka, tegurlah secara berhemah dan lembut tetapi tegas agar anak-anak faham dengan rentak kita.


Sumber : Mingguan Wanita

Tuesday, November 18, 2014

Kanser Payudara ?




Apabila menyebut kanser payudara ia tidak terlepas dari pandangan setiap wanita. Manakan tidak kanser payudara adalah pembunuh no. 2 di dunia pada ketika ini.

Kanser payudara juga tidak mengenal usia, muda atau tua masing-masing berisiko untuk ‘diserang’ olehnya.

Jadi amatlah penting untuk setiap wanita khususnya memeriksa dan meneliti setiap tanda-tanda kanser payudara. Oleh itu disenaraikan disini beberapa tanda umum kanser payudara.

Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:


1. Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d’orange) yang berlubang kecil.

Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat.



Kaum wanita boleh melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP)

Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Jagalah kesihatan diri anda dengan sebaik-baiknya. Amalkan pemakanan yang seimbang dan jangan sebarangan makan. Kanser payudara tidak mengenal siapa anda. Bersama-samalah kita mencegah kanser dari menyerang diri kita dengan mengambil makanan kesihatan yang mempunyai fungsi menguatkan sistem imuniti badan.

SET JANTUNG SHAKLEE




KEUNIKAN JANTUNG

Otot jantung (cardiac muscle) tidak pernah berehat dan tidak pernah letih. Ia adalah otot yang bertenaga berbanding otot yang lain. Ia berdegup 72 kali dalam masa 1 minit selama 24 saat selagi kita hidup. Jantung mengepam darah melalui 60 ribu miles salur darah di dalam tubuh.

Jika 72 degupan seminit, pada usia anda mencecah 65 tahun, jantung sudah pun berdegup 2.5 billion kali. Organ penting ini amat sensitif kepada paras CoQ10 yang rendah kerana jantung harus mempunyai 10 kali ganda paras CoQ10 daripada organ tubuh lain.





CoQ10 DAN JANTUNG

Tisu jantung amat sensitif terhadap paras CoQ10 yang rendah. Jantung merupakan organ yang paling aktif dalam tubuh dan memerlukan bekalan tenaga yang mencukupi dan berterusan. Tambahan pula, di jantung, banyak aktiviti antioksidan berlaku dan perlindungan yang terbaik daripada molekul antioksidan adalah CoQ10. Oleh sebab itu, CoQ10 mesti menjadi kemestian untuk memastikan jantung anda sihat.

Namun, semakin usia meningkat, semakin berkurangan paras CoQ10. Dan tidak hairanlah mengapa orang yang lanjut usia mudah mengidap penyakit jantung.

Paras CoQ10 yang rendah di tisu dan darah telah dilaporkan menjadi penyebab masalah jantung dan salur darah.


MASALAH JANTUNG
* Kegagalan Jantung: ketidakmampuan jantung untuk terus bertenaga dalam melaksanakan tugasnya (mengepam darah) dengan efisyen.

Tekanan Darah Tinggi: ia terjadi apabila jantung mengepam darah dengan lebih laju ke anggota tubuh melampaui kemampuan tenaganya.
Penyakit arteri koronari (saluran darah sempit): salur darah yang sempit menyebabkan aliran darah ke jantung tersekat. Akibatnya, jantung mengalami kekurangan bekalan oksigen dan nutrien penting untuk mengepam darah dengan betul. Hal ini meningkatkan risiko serangan jantung. Ini juga boleh disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam darah yang menyempitkan arteri
Serangan angina: Sakit dada yang disebabkan oleh jantung yang kekurangan oksigen.


SET CADANGAN JANTUNG SIHAT SHAKLEE





Antara testimoni:


Khasiat Oat Mampu Jadikan Jantung Lebih Sihat



Jantung lebih sihat dengan oat

PENYAKIT jantung adalah satu daripada pembunuh senyap yang paling utama di kalangan lelaki dan wanita, demikian menurut Pertubuhan Jantung Amerika.

Meskipun banyak faktor menyumbang kepada penyakit jantung seperti gaya hidup, pemakanan, alam persekitaran, tabiat dan lain-lain, usaha mengekalkan kesihatan jantung bukan sahaja tertakluk kepada pengamalan gaya hidup yang aktif.

Pemakanan yang sihat dan bijak dapat memainkan peranan penting dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang menjamin kesihatan jantung.

" Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari? "

Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.

Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.

Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.


Antara khasiat oat ialah:


* Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.

Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.

Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.

Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.

Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.

Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.

Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai. Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.

Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.


Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.

Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat!

Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat!

Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa dan mendapat manfaat kesihatan daripada oat!

Usaha menjaga kesihatan jantung patut dimulakan dari kecil. Ibu bapa patut menyemaikantabiat makan oat di kalangan anak-anak mereka dengan menggalakkan sarapan emping oat dan menambah oat ke dalam masakan.

Kuasa oat tidak boleh diperkecil kerana ia memberi khasiat kebaikan dan kesihatan yang menakjubkan untuk anda dan keluarga anda. Mulakan tabiat mengambil oat hari ini untuk menjamin jantung yang lebih sihat!

Sembelit Ketika Hamil


Sembelit adalah masalah biasa semasa kehamilan. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Salah satu punca ialah peningkatan hormon progesteron yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman, ini menjadikan ibu hamil sukar membuang air besar. Tekanan pada rahim yang semakin membesar ke atas rektum juga salah satu punca sembelit.

Selain daripada itu, sembelit boleh terjadi dari pengambilan supplement zat besi dan menyebabkan najis berwarna hitam. Tetapi itu bukan bermakna ibu hamil harus berhenti daripada mengambil zat besi. Zat besi sangat penting untuk membawa oksigen di dalam darah kepada bayi sepanjang kehamilan.

Diet bagi ibu hamil juga perlu diambil berat. Ibu hamil perlu mengelakkan pengambilan makanan yang pedas dan makanan fastfood. Makanan-makanan ini boleh menyebabkan najis menjadi keras kerana ia tidak mempunyai serat yang mengandungi air. Najis yang keras menyebabkan sembelit terjadi.


Tips Mengatasi Masalah Sembelit
1. Pastikan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Minum air jus buah-buahan atau jus prun.

2. Amalkan pemakanan yang tinggi serat seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran.

3. Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dalam jumlah yang mencukupi.

4. Amalkan senaman seperti berjalan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu bagi merangsang usus dalam melancarkan proses pembuangan.

5. Elakkan pengambilan ubat-ubatan atau jamu yang boleh menyebabkan sembelit.

6. Amalkan suplement yang semulajadi yang tidak mempunyai kesan sampingan.


Ostematrix Supplement Untuk Sembelit



Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, zinc, boron, manganes dan kuprum. Magnesium yang terkandung didalam ostematrix membantu untuk melembutkan najis. Ini dapat mengatasi masalah sembelit bagi ibu hamil. Nutrien-nutrien yang terkandung dalam ostematrix dapat mengoptimumkan penyerapan oleh tubuh badan.

Pengambilan kalsium dan magnesium dalam kuantiti yang betul dapat mencegah atau melegakan sembelit dan menyokong kesihatan usus.

Di dalam kolon, kalsium menyerap lebihan hempedu dan lemak yang terurai membentuk sabun tidak larut dan dikeluarkan bersama-sama najis.

Magnesium, bersifat menyerap air, membantu mencegah sembelit dengan cara merehatkan dinding usus apabila ibu hamil berada di bawah tekanan atau merasa bimbang. Magnesium membantu menormalkan ketegangan pada dinding kolon dan membolehkan tindakan peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak ke dalam usus).

Monday, November 17, 2014

Khasiat & Testimoni Alfalfa



Khasiat ALFALFA





Selain tu, kelebihan Alfalfa Shaklee untuk ibu-ibu yang sedang berpantang

1. bantu tanpa penghasilan susu - konsep demand supply pun kena apply
2. bantu elak sembelit
3. kurang masalah gemuk air yang menyebabkan badan cepat letih





Testimoni Alfala : 

1)





2)


3)

4) 



5)


6)



7)

Vivix Shaklee Supplemen terbaik anda


 Vivix Shaklee Supplemen terbaik anda! Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.


Apakan Manfaat kesihatan Vivix?



Apakah Kandungan Vivix Shaklee yang menyebabkan ia menjadi salah satu supplemen terhebat di Shaklee? Vivix Shaklee Mengandungi 4 tumbuhan semulajadi.


1. Anggur Muscadine
* Satu-satunya anggur yg mempunyai lebih satu kromosom yang bermanfaat untuk kesihatan. Ia mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser,anti virus dan anti bakteria.
* Anggur muscadine dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri anti radang. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.


2. Elderberry atau Sambucus Nigra
* Elderberry juga dikenal sebagai Sambucus Nigra. Buahnya bulat kecil berwarna ungu gelap bergerombol seperti anggur. Buah ini banyak tumbuh di Eropa, Amerika Utara, Asia, dan Inggris. Elderberry merupakan jamu popular dan telah lama digunakan dalam pengobatan tradisional.
* Jus Elderberry telah terbukti sangat efektif dalam pengobatan dan penyembuhan flu dan juga digunakan untuk mengobati penderita flu selama epidemi di Panama pada tahun 1995.
* Kandungan vitamin C yang tinggi membuat jus elderberry sangat bermanfaat dalam pengobatan penyakit yang disebabkan karena infeksi virus dan bakteri.
* Manfaat lain yang sangat penting dari jus elderberry adalah kemampuannya untuk mencegah dan mengobati kanser, fakta dikaitkan dengan antioksidan yang dikandungnya. Jus Elderberry meningkatkan sistem kekebalan tubuh serta sangat membantu dalam mengobati penyakit AIDS dan kancer.
* Jus Elderberry dikenal untuk menurunkan kadar kolesterol dan mengurangi kolesterol jahat. Hal ini dapat sangat bermanfaat dalam mencegah penyakit jantung.
* Efek berbahaya dari pencemaran, stres, dan makan yang tidak sehat dapat dicegah dan dikurangi dengan mengambil jus elderberry setiap hari.
* Jus elderberry mencegahan dan mebantu penyembuhan diabetes, perlindungan terhadap infeksi virus, dan sesak nafas
* Juga dapat meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal,


3. Purpple Carot
* Ia adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimial termasuk carotenoids, phenolics,polyacetylenes,isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins,antioksidan yg mustajab. Anthocyanins adalah btanggungjawab pd warna merah menyala, biru dn ungu pada buah dan sayur. 

Asid klorogenik adalah antioksidan paling byk dlm semua karot dn ia bertanggungjawab mengurangkan diabetes. 
Kebelakangan ini kajian menunjukkan anthocyanins, bertindak sebagai anti radang,anti mikrobial dn anti carcinogen.Ia mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Polygonum Cuspidatum 
Polygonum cuspidatum ( knotweed jepun) adalah tumbuhan perenial yg besar berasal dari asia, yg juga byk ditemui d amerika utara dan eropah. Knotweed jepun adalah sumber komersial Resveratrol 
Polygonum Cuspidatum banyak menafaat kesihatan dn dgunakan utk merumuskan supplemen anti penuaan . Kesimpulan dari ujian demi ujian menunjukkan resveratrol membantu melambatkan prosespenuaan,merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet, dan megurangkan berat badan 

Resveratrol? Terdapat 4 mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Apa manfaat Resveratrol dalam Vivix Shaklee?



Bagaimana Vivix Shaklee bertindak?

1. Mempertahankan sel (cell defense )
2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)
3. Memperbaiki sel (cell repair)
4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)


Antara TESTIMONIAL HEBAT VIVIX:





Bengkak pada tangan dan kaki (oedema)


Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?

Bengkak pada buku lali dan tapak kaki (dikenali sebagai oedema) berlaku dalam kehamilan kerana badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya.

Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.


Adakah oedema ini perkara biasa?

Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.


Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?
Ubat-ubatan yang membantu buah pinggang mengeluarkan air dan sodium sebagai cara untuk membuang cecair dari dalam badan (iaitu ubat yang berbentuk diuretik) tidak sesuai diambil semasa hamil. Sebaliknya, gunalah kaedah-kaedah berikut untuk mengawal kebengkakan.

* Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.

Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.

Anda juga boleh mencuba rawatan semula jadi berikut untuk mengurangkan bengkak.

Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Seperti juga kesan sampingan kehamilan yang lain, ia akan hilang sejurus anda melahirkan.


cc to: http://www.babycenter.com.my/

Info Zinc Complex



Zink ialah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Zink didapati dalam sel-sel di seluruh badan. Iamembantu sistem imun melawan bakteria jahat dan virus. Badan juga memerlukan zink untukmembina protein dan DNA, bahan genetik dalam semua sel-sel.

Ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak memerlukan zink untuk membesar dan berkembang dengan baik. Zink juga membantu luka sembuh terutamanya bagi mereka selepas pembedahan dan bersalin. Di samping itu, zink juga penting bagi deria rasa dan bau.

Ramai yang mengambil mudah tentang kepentingan zink untuk kesihatan sperma dan kesuburan.Badan kita tidak menghasilkan zink. Zink hanya boleh didapati daripada makanan atau makanan tambahan (Zinc Complex Shaklee)


SIAPA PERLUKAN ZINC COMPLEX?

- lelaki dan wanita (dari bayi hingga warga tua)
wanita mengandung (mengelakkan diabetes semasa hamil) dan menyusu
orang yang menjalani pembedahan atau mempunyai masalah gangguan pencernaan(seperti ulsur kolitis atau penyakit Crohn)
Vegetarian kerana mereka tidak memakan daging yang merupakan satu sumber zink yang baik.
Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zink yang cukup untuk bayi melebihi umur 6 bulan. Makanan seperti daging puri adalah disarankan.
Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan kadar zink yang diserap oleh badan dan meningkatkan jumlah yang hilang melalui urin.
Orang yang mempunyai penyakit sel sabit.


PERBEZAAN ZINC COMPLEX SHAKLEE dirumus daripada zinc glukonat semulajadi yang bergabung dengan nutrien semulajadi seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh.
sesuai untuk pengambilan jangka panjang
berkesan dalam mengeluarkan logam toksin seperti kadmium dan plumbum daripada tubuh.



KEBAIKAN ZINC COMPLEX SHAKLEE
* Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T cells untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit
Diabetes - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
Kanser prostat - pengambilan zinc complex dapat mengurangkan pembengkakkan prostat sebanyak 70%
Ovulasi wanita - wanita memerlukan zink untuk ovulasi. Zink juga membantu pengucupan uterus untuk mengembalikan daya tahan.
Memperbaiki radang kulit - pengambilan zinc complex dapat memperbaiki radang kulit seperti jerawat
Jerawat - zinc complex bertindak dengan mengawal selia jumlah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
Kelesuan kronik
Mengekalkan deria bau 
Kemampuan seks lelaki - zinc yang cukup penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma.
Gugur rambut/ botak - zink mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel.
Membentuk kolagen - zink membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
Penyembuhan luka yang cepat - zink mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam
Rabun malam



KESAN KEKURANGAN ZINK

Pertumbuhan perlahan bagi bayi dan kanak-kanak
Perkembangan seksual lambat di kalangan remaja dan mati pucuk di kalangan lelaki
Rambut gugur
Cirit-birit
Mata dan kulit luka
Hilang selera makan
Kehilangan berat badan
Masalah penyembuhan luka
Keupayaan untuk merasa dan menghidu makanan/ bau
Tahap kecerdasan yang rendah


INTERAKSI ZINK YANG PERLU ANDA TAHU

Makanan tambahan zink boleh berinteraksi atau mengganggu pengambilan ubat-ubatan yang di ambil. Dalam beberapa kes, ubat-ubatan boleh menurunkan paras zink dalam badan. 


Contoh:

mengambil tambahan diet zink bersama quinolone / antibiotik tetracycline (seperti Cipro, Achrornysin dan Sumycin) mengurangkan jumlah zink dan antibiotik yang diserap oleh badan. Mengambil antibiotik sekurang-kurangnya 2 jam sebelum atau 4-6jam selepas mengambil makanan tambahan zink membantu mengurangkan kesan ini.
makanan tambahan zink boleh mengurangkan jumlah penicillamine (dadah yang digunakan untuk merawat artritis reumatoid). 
Diuretik thiazide (seperti chlorthalidone - jenama Hygroton dan hydrochlorothiazide - jenamaEsidrix dan HydroDIURIL) meningkatkan kehilangan zink melalui urin. Mengambil thiazide diuretik untuk jangka masa yang panjang boleh mengurangkan jumlah zink dalam badan.


Jom dapatkan zinc complex anda hari ini!


Friday, November 14, 2014

PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG



Info berguna untuk suami tersayang!

1. Melakukan banyak amalan sunat
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung ialah suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah dan rajin menghadiri majlis-majlis ilmu. Perbanyakan membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
Lebihkan membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi. Selain itu, suami juga digalakkan berpuasa sunat, pada hari Isnin dan Khamis. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.


2. Kongsi Maklumat Kehamilan
Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah. Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak perlu. Kepada lelaki, anda jangan sekali-kali bingung dengan perubahan ini. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal dan kebanyakan wanita hamil akan melaluinya.
Walaupun berlaku perubahan pada isteri anda, itu tidak bermakna anda tidak boleh banyak membantu. Sebagai seorang suami yang memahami, carilah sebanyak mungkin info tentang perubahan fizikal dan emosi yang dialami oleh isteri. Selepas itu, cuba kongsi pengetahuan anda dengannya. Dia pasti teruja dengan apa yang anda ketahui. Perhatikan juga perkembangan kehamilan isteri anda, misalnya mendengar denyut nadi dan merasai pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh bayi.


3. Jaga Pemakanan Isteri
Ramai suami yang mengabaikan aspek ini apabila isteri hamil dengan alasan si isteri tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Tanggapan ini salah kerana seiring dengan perubahan tubuhnya, wanita hamil juga memerlukan beberapa zat tertentu mengikut peringkat kehamilannya. Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya.


4. Menjaga Perasaan Isteri
Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
Apabila berlaku perselisihan faham, selesaikan dahulu sebelum masuk tidur. Yang paling penting, jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.


5. Memahami Pengorbanan Isteri
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung- jawab yang berat itu.


6. Hindari Stress
Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah. Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.
Selain itu, jangan sekali-kali membenci perubahan bentuk tubuh isteri. Sebaliknya kagumi bentuk tubuhnya dan katakan isteri anda kelihatan lebih seksi ketika hamil. Kata-kata anda mampu menenangkan hatinya dan mengelakkannya tertekan memikirkan anda mungkin mencari wanita lain yang lebih seksi di luar sana.


7. Temani Isteri Berjumpa Doktor
Kesudian anda menemani isteri untuk bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan memberikan makna yang cukup besar kepada isteri. Isteri akan berasa diri mereka disayangi dan dihargai. Ia juga menandakan seseorang suami itu prihatin dan menyanyangi isteri serta anak yang dikandungnya itu. Namun ada juga suami yang mengambil mudah tentang perkara ini.
Mereka sanggup membiarkan isteri yang sarat hamil memandu sendiri atau menaiki bas untuk mendapatkan rawatan di klinik. Emosi isteri pastinya akan terganggu apabila melihat wanita lain ditemani suami masing-masing ketika mendapatkan rawatan. Situasi ini sangat tidak sesuai buat isteri dan sebagai suami yang yang bertanggungjawab, anda perlu mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Berikan isteri anda semangat dan sentiasa menemaninya sewaktu susah mahupun senang.


8. Berada Di Sisi Apabila Isteri Bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadapisteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. tika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,
” La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin “
Maksudnya
” Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. “

~ Semoga Bermanfaat ~
~ Like and Share ~

Sembelit


Mengapakah saya sering sembelit ketika hamil?

Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh tekanan oleh uterus anda yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Apakah yang boleh saya lakukan mengenainya?
Pertama sekali, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa-masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga.

Kaedah-kaedah lain juga boleh membantu:

* Awasi diet anda. Pastikan anda minum air secukupnya dan lakukan senaman.
Makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Jika anda tidak biasa makan makanan berserat tinggi, masukkannya ke dalam diet anda secara beransur-ansur untuk mengelakkan anda mengalami kembung dan angin.Minum banyak air atau jus buah-buahan, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu.Bersenam! Berjalan, berenang, menunggang basikal senaman dan yoga kesemuanya boleh membantu mengurangkan sembelit, dan membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.


Jika anda mengambil suplemen pranatal yang mengandungi zat besi, tanyalah doktor jika ada pilihan lain.

Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor anda boleh memberi ubat yang selamat diambil semasa hamil.


Adakah sembelit semasa hamil boleh menjadi masalah yang serius?

Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita hamil, tetapi jika ia berlarutan, maklumkanlah kepada doktor anda.

Kadang-kala, sembelit boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa, tetapi boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin.

Vitamin E Vitamin Cinta



Kebanyankan pasangan selalu kepenatan seharian bekerja dan kadang kala kepenatan ini berlarutan. Masalah ‘tiada mood’ untuk bersama dikalangan suami isteri sering terjadi dan salah satu punca ketiadaan mood adalah kurang tenaga dan terlampau sibuk. Hari ini saya akan kenalkan satu Vitamin yang juga dikenali sebagai Vitamin Cinta untuk suami Isteri. Kenapa Vitamin E dikatakan Vitamin Cinta Suami Isteri ? Jom kita huraikan tentang keberkesanan atau kelebihan Vitamin E Vitamin Cinta Suami Isteri.

Kembalikan Kehangatan dengan Vitamin E Vitamin Cinta Suami Isteri. 


Vitamin E terlibat secara langsung dalam pembentukan hormon yang melibatkan seks dan kesuburan iaitu androgen, estrogen dan progesterone. Uniknya Vitamin E Shaklee kerana ia turut dilengkapi dengan Selenium. Jumlah selenium yang mencukupi sangat penting dalam mencapai puncak prestasi seksual. Vitamin E juga memainkan peranan yang penting untuk kesihatan seksual kerana dapat membantu menghasilkan hormon seks serta merangsang libido. Libido adalah keinginan seks atau nafsu seseorang. Libido akan timbul atau menghilang tergantung dari kerja hormon dalam tubuh kita. Jika hormon meningkat maka libido kita juga akan meningkat, begitu juga sebaliknya. Ada juga sesetengah wanita yang menjadikan vitamin cinta ini sebagai ‘pelincir’ (Vitamin E membantu melembapkan tisu di vagina) ketika melakukan hubungan seksual.




Peranan Vita-E Untuk kesihatan seksual lelaki:

Pengambilan Vitamin E juga dapat meningkatkan kiraan sperma. Memandangkan Vitamin E ialah Anti-oksidan, ia dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel (termasuk sperma). Vitamin E juga meningkatkan Libido seseorang lelaki dengan membantu meningkatkan paras hormonTestosteron mereka. Tanpa hormon ini, seseorang lelaki akan cenderung untuk menjadi ‘dingin’. [Vitamin E & Kesuburan Lelaki] Antara fungsi lain Vitamin E: * Lebih tenaga (seksual) 
* Ereksi yang lebih lama 
* Lebih mudah terangsang 
* Libido yang lebih kuat 
* Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat


Peranan Vita-E Untuk kesihatan seksual wanita: 

Vitamin E membantu wanita menghasilkan prostaglandin yang menurunkan kadar hormon prolactin. Prolactin meningkat ketika ovulation dan menyumbang kepada simptom PMS. Amat penting sebenarnya untuk mengekalkan kadar prolactin yang seimbang untuk sistem reproduktif wanita, dan prostaglandin lah yang membantu seimbangkan hormon prolactin ini. Fungsi lain untuk Vitamin E terhadap wanita: 
* Lebih tenaga (seksual) 
* Lebih mudah terangsang 
* Libido yang lebih kuat 
* Untuk menstabilkan hormon seks/ kewanitaan, terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan hormon prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi. Vitamin E juga meningkatkan saluran darah dan oksigen ke bahagian sulit lelaki dan wanita. Secara tidak langsung ia meningkatkan kembali kehangatan hubungan suami isteri dan disebabkan itu ia digelar Vitamin Seks atau Vitamin Cinta Suami Isteri.


Testimonial pengguna Vita-E Shaklee
1)


2)